Monday, November 16, 2009

KAMI TELAH BERPINDAH

KAMI TELAH BERPINDAH KE WEBSITE DAN BLOG BARU..
SILA TERUS KE WEBSITE DAN BLOG KAMI DI BAWAH..


WEBSITE = www.IANERISJORDAN.com

BLOG = www.IANERISJORDAN.com/blog


JUMPA ANDA DISANA!!
TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN ANDA!!

Monday, July 13, 2009

Kembalinya Seorang Siswi Ke Tanah Air..

Isnin, 13 Julai 2009

Hari ini seorang daripada siswi kami telah kembali ke tanah air setelah selesai menyempurnakan pengajian disini dan membawa balik segulung Ijazah..Alhamdulillah..

Fatimah binti Hamrie siswi dalam bidang Syariah, Pengkhususan Fiqh dan Usul Fiqh.. Beliau berangkat jam 3.15 pagi setelah penerbangan "delay" selama sejam yg sepatutnya pada jam 2.15 pagi..

Telah selamat sampai ke KLIA jam 10.00 malam waktu malaysia..Semoga Allah sentiasa memeliharanya walau dimanapun beliau berada..Semoga ilmu yang dituntut dapat dicurahkan kepada anak umat islam khasnya..

Tuesday, June 9, 2009

Family Day Mahasiswa Borneo, Jordan.

Semalam adalah hari dimana Persatuan kami (IANERIS) telah mengadakan kerjasama bersama Badan Kebajikan Siswa Sabah Jordan (BAKSIS) untuk menganjurkan program Family Day Borneo..

Program ini bertujuan untuk merapatkan lagi ukhwah diantara mahasiswa kami yg datangnya dari 2 rumpun yg berbeza tapi dari satu tanah yang sama. Kepulauan Borneo.

Kami bertolak dari Mafraq pada jam 4 petang menuju ke Laut Mati menggunakan sebuah bas besar. Bagi rombongan dari Mu'tah pula, mereka bertolak dari sana menggunakan sebuah van sahaja kerana ahli tidak la ramai sangat berbanding di Mafraq. Kami di mafraq belajar di University Of al Al-Bayt manakala mereka di mu'tah pula belajar di University Of Mu'tah.

Rombongan kami dari mafraq sampai lewat ke pantai laut mati kerana bas yg kami naiki mengalami masalah "airconditioner". Pemandu bas terpaksa membaikinya terlebih dahulu dan ini mengambil masa sejam..Di laut mati pada ketika ini persekitarannya agak panas kerana ianya adalah tempat yg paling rendah di muka bumi. Tambahan pula ketika ini adalah musim panas..Lagi la panas tempat tu..sebab itu kamu mengadakan program disebelah malam..
Kurang sedikit panasnya..

sampai disana kami terus menjalankan program seperti yg sepatutnya dirancangkan..
Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar walaupun ada kekurangannya disebabkan kelewatan tiba tepat pada masanya ditempat program..

setelah "barbeque", kami makan malam bersama dan seterusnya berehat seketika sebelum berangkat balik ke tempat masing-masing..

Diharapkan program sebegini dapat dianjurkan lagi..

Wednesday, June 3, 2009

Ramah Mesra Bersama Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat telah mengadakan lawatan peribadinya ke Jordan. Dikesempatan ini kami telah mengadakan program di Kedutaan Malaysia Jordan di Amman untuk bertemu dan beramah mesra bersama beliau..

Beliau bersama isterinya dan dua anaknya.

Sunday, May 17, 2009

Kembara Ilmi IANERIS sessi 08/09

Entry ini dibuat pada 17 Mei 2009, Ahad


2 hari yg lepas tanggal 15 Mei 2009, telah dianjurkan suatu program yang melibatkan ahli IANERIS iaitu "Program Kembara Ilmi". Kembara ilmi ini disertai oleh 26 orang ahli IANERIS..Ada dikalangan ahli yang tidak dapat menghadirkan diri kerana alasan-alasan dan rintangan-rintangan yang munasabah..Rombongan kami telah bertolak dari Mafraq, Jordan menuju Petra iaitu salah satu daripada 7 keajaiban dunia yang telah diisytiharkan secara rasmi pada 07.07.2007.


Petra Merupakan sebuah tinggalan sejarah tamadun dunia yang hebat suatu ketika dahulu dan masih dikagumi hingga hari ini. Ianya adalah tinggalan sejarah kaum nabi Soleh iaitu kaum Tsamud..Namun ada yang berpendapat ianya adalah tinggalan kaum Anbad.
Kehebatan teknologi kaum ini ialah mereka mampu dan mahir mengukir gunung-ganang yang terdiri daripada unsur-unsur batu..


Gunung-ganang ini diukir untuk dijadikan tempat tinggal, bangunan mahkamah, dan jabatan-jabatan pentadbiran kaum tersebut. Kesudahan kaum ini ialah apabila Allah mendatangkan azab keatas mereka dengan satu suara yang nyaring sehingga membunuh dan memusnahkan semua mereka sekaligus. Allah menurunkan azabnya keatas mereka kerana mereka takabbur dengan kehebatan yang mereka miliki malah mengejek dan mempersenda nabi Soleh yang menyeru mereka untuk beriman kepada Allah Taala.


Sesungguhnya Allah itu maha kuasa dan dia mampu melakukan apa sahaja keatas hambanya. Mendalami ilmu dan sejarah silam adalah penting untuk kita agar tidak leka dengan kealpaan hidup didunia yang fana ini..



Inilah Motif "Kembara Ilmi" ini dianjurkan iaitu untuk memberi pendedahan kepada Mahasiswa Sarawak seluruh Jordan mengenai tempat-tempat tinggalan sejarah di bumi Jordan. Selain itu kembara ini juga dijadikan sabagai satu platform kepada peserta untuk mengkaji serta menganalisis sendiri tentang keunikan hasil tinggalan sejarah dahulu kala. Kembara ini telah mempertemukan semua mahasiswa Sarawak yang menuntut di Jordan dan seterusnya merapatkan lagi ukhwah sesama mahasiswa disamping menambah ilmi pengetahuan setiap peserta yang mengikuti Kembara Ilmi ini..




Jelajah kembara ilmi ini yang bertolak jam 8 pagi telah tiba di Petra kira-kira jam 1.30 petang. Sebelum memasuki Petra, kami telah "merarau" dan kemudian menunaikan solat jamak dan qasar berjemaah..


Setelah semuanya bersedia, kami pun mula berjalan masuk ke Petra. Cuaca pada petang jumaat itu agak terik. Kami membawa air kosong untuk persediaan jika kehausan kerana perjalanan kaki menuju pintu pertama petra mengambil masa hampir sejam. Kami tiba di pintu/gerbang pertama petra ini jam 3.15 petang dan kemudian balik semula ke bas.
Sebelum itu kami bergambar beramai-ramai sebagai kenang-kenangan.







Seterusnya kami pun berangkat ke Aqabah, Jordan. Perjalanan kami mengambil masa hampir 2 jam dari Petra. Kami "check in" bermalam semalam di "Dream Hotel". Kami sangat berpuas hati dengan hotel ini kerana bilik yang disediakan cukup selesa, luas dan cantik..Disebelah malam program kami ialah "Dinner IANERIS" dan kemudiannya berjalan-jalan atau dalam erti kata lain "shopping"..Maklumlah, barang-barang di Aqabah murah dan harganya berpatutan..

Keesokan harinya iaitu sabtu, kami sambung "shopping" sebelum majlis penutupan. Cuaca di Aqabah agak panas..Nasib baik kedudukannya ditepi pantai..ade juga dirasakan tiupan lembut bayu laut merah yang meredakan sedikit kepanasan yang kami rasai.

Kami menjemput Pengarah MSD, Ustaz Sulaiman untuk merasmikan majlis penutupan Kembara Ilmi ini. Selesai majlis ini maka selesailah sudah program kami..Kami pun kemudiannya "check out" hotel untuk bersiap balik ke Mantiqah masing-masing..

Ucapan Pengarah MSD, Ustaz Sulaiman

Penyampaian Cenderahati kepada Ustaz Sulaiman

Kami bersyukur kehadrat Ilahi kerana program ini berjalan denga lancar dan selamat.. Semoga kepimpinan IANERIS bagi sessi yang mendatang akan menganjurkan program sebegini lagi.. Melalui program sebeginilah ahli-ahli dari pelbagai mantiqah dapat dikumpulkan bersama, sekaligus merapatkan lagi ukhwah yang dah sememangnya rapat dikalangan ahli.

Wassalam..





Thursday, April 16, 2009

PERUBAHAN KUMPULAN BENGKEL KEUSAHAWANAN..

Assalamualaikum w.b.t..
untuk makluman semua, kumpulan bagi Bengkel Keusahawanan telah diubah sepertimana dibawah..

diharap setiap kumpulan menyediakan satu laptop untuk kegunan LDK..

Kmpln 1

FAIZAL BIN ABDULLAH = Ketua
HAFIZUL BIN RASDI
NURULSYAFRIZAN BIN CHE’ DOM
HASIBULLAH BIN ROSLAN
MOHD FAIZAL BIN MHD RAMLI
MUAZAM BIN MANTARIL = Ketua
MOHAMAD NORFARIDZAN BIN ABDULLAH
ADENAN BIN PADIL
ISMAWIE BIN SABU
ANIZAN BIN MOHD HARIS



Kmpln 2

KHAIROL BIN OPENG = Ketua
MOHAMMAD HALFI BIN MUSTAFA
MOHAMMAD DASSILAH BIN EDI
SHUKUR NIZAM BIN ABDUL KADIR
MUHAMMAD IZZAT BIN ISMAIL
RUDDY BIN JONEN
AHMAD TIRMIZI BIN KRAM
KHAIRUL ANWAR BIN ISHAK
WAN NAZIRUL MUBIN BIN WAN ABDUL NASIR
MUHAMAD NAZRULLAH BIN MALEK
HAIRULAKMAL BIN RAHIM


Kmpln 3

AZURA BINTI BUJANG = Ketua
AZALINA BINTI MOHAMAD
RUBIANI BINTI MOHAMAD
NUUR SYAHIDA BINTI SHAARI
FADZILLAH BINTI KADIR
SITI HAJAR BINTI DAHARI
SYARIFAH WIRDAH AL HASSAN BINTI WAN MUHAMMAD NASIR
KAZIMAH BINTI KADAI
NURUL SYAHIDA BINTI ADLI

Kmpln 4

NOORFADZILA BINTI JUMAT = Ketua
SHARIFAH ZAHIAH BINTI HJ WAN YUSOF
SURFINA BINTI SIDIK
FIFI RAFIZA BINTI ABDUL WAHAB
FATIMAH BINTI HAMRIE
ISLAMIAH BINTI ADENAN
NUR RAIHAN BINTI MOHAMAD
KHAIRUNISA BINTI MAT

Tuesday, April 14, 2009

PEMBAHAGIAN KUMPULAN BAGI PROGRAM BENGKEL KEUSAHAWAN IANERIS 08/09

Berikut adalah kumpulan-kumpulan anda..

Kmpln 1

FAIZAL BIN ABDULLAH = Ketua
HAFIZUL BIN RASDI
NURULSYAFRIZAN BIN CHE’ DOM
HASIBULLAH BIN ROSLAN
MOHD FAIZAL BIN MHD RAMLI
SITI HAJAR BINTI DAHARI
SYARIFAH WIRDAH AL HASSAN BINTI WAN MUHAMMAD NASIR
KAZIMAH BINTI KADAI
NURUL SYAHIDA BINTI ADLI


Kmpln 2

KHAIROL BIN OPENG = Ketua
MOHAMMAD HALFI BIN MUSTAFA
MOHAMMAD DASSILAH BIN EDI
SHUKUR NIZAM BIN ABDUL KADIR
MUHAMMAD IZZAT BIN ISMAIL
FATIMAH BINTI HAMRIE
ISLAMIAH BINTI ADENAN
NUR RAIHAN BINTI MOHAMAD
KHAIRUNISA BINTI MAT


Kmpln 3

MUAZAM BIN MANTARIL = Ketua
MOHAMAD NORFARIDZAN BIN ABDULLAH
ADENAN BIN PADIL
ISMAWIE BIN SABU
ANIZAN BIN MOHD HARIS
AZURA BINTI BUJANG
AZALINA BINTI MOHAMAD
RUBIANI BINTI MOHAMAD
NUUR SYAHIDA BINTI SHAARI
FADZILLAH BINTI KADIR


Kmpln 4

RUDDY BIN JONEN = Ketua
AHMAD TIRMIZI BIN KRAM
KHAIRUL ANWAR BIN ISHAK
WAN NAZIRUL MUBIN BIN WAN ABDUL NASIR
MUHAMAD NAZRULLAH BIN MALEK
NOORFADZILA BINTI JUMAT
SHARIFAH ZAHIAH BINTI HJ WAN YUSOF
SURFINA BINTI SIDIK
FIFI RAFIZA BINTI ABDUL WAHAB

Untuk Makluman semua peserta, anda adalah diwajibkan untuk beringat sesama ahli bahawasanya setiap kumpulan adalah diwajibkan untuk menyediakan satu laptop semasa bengkel keusahawanan ini sedang berjalan..
Ianya akan digunakan untuk LDK..

Bagi kumpulan yang tidak menyediakan laptop, mereka akan dianggap kalah..

Saturday, April 11, 2009

Mesyuarat AMT & ALT IANERIS kali ke-2 sessi 2008/2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

PERHATIAN KEPADA SEMUA AMT @ ALT,

Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa MESYUARAT AMT & ALT kali KE-2 akan diadakan pada 17 April 2009, bersamaan hari JUMAAT..
Untuk makluman semua, mesyuarat akan diadakan selepas program Bengkel Keusahawanan IANERIS yang berlangsung pada siang hari JUMAAT tersebut..
Mesyuarat AMT & ALT pula akan diadakan pada sebelah Malam hari Jumaat tersebut..

Semua AMT & ALT diwajibkan untuk HADIR dan sila bawa bersama anda FAIL TUGASAN masing-masing kerana fail tersebut akan diserahkan kepada PRESIDEN untuk disemak..
Jangan hantar fail yang kosong dan tiada apa-apa catatan..Sila isi dan lengkapkan fail tugasan anda dengan aktiviti-aktiviti yang telah anda jalankan mengikut tanggungjawab dan tugasan anda sebagai AMT & ALT..

Harap mesej ini jelas dan difahami semua..
Sila sebarkan mesej ini sesama ahli IANERIS..

"BERPESAN-PESANLAH KITA KEARAH KEBAIKAN"

Wassaalam..


yg menjalankan tugas,

Adenan bin Padil,
Timbalan Presiden 1,
IANERIS sessi 2008/2009...

Tuesday, April 7, 2009

PERHATIAN UNTUK TINDAKAN SEGERA.....

PERHATIAN UNTUK TINDAKAN SEGERA.....

SEMUA AHLI IANERIS JORDAN.

BAGI SESIAPA YANG BERMINAT UNTUK MENGIKUTI SEMINAR KEUSAHAWANAN ANJURAN (MDEC) MULTIMEDIA DEVELOPMENT CORPORATION MALAYSIA...SEBUAH ANAK SYARIKAT MSC.....MULTIMEDIA SUPER CORIDOR..AGENSI DIBAWAH KEMENTERIAN SAINS,TEKNOLOGI DAN INOVASI....


ANDA BOLEH MENDAFTARKAN DIRI DENGAN MENGHANTAR MAKLUMAT BERIKUT :

NAMA PENUH,NO IC,NO TEL DI JORDAN,ALAMAT DI JORDAN,EMEL,ALAMAT DI MLYSIA,UNIVERSITI,JURUSAN,CAWANGAN,TAHUN.

HANTAR KE EMEL ( eddyazri@gmail.com )

****hantar secepat mungkin****rebut peluang ini***

Temuduga untuk peserta akan dilakukan pada 13 atau 14 mei 2009 di salah sebuah hotel di irbid...Dan bagi peserta yang layak akan dipanggil untuk menghadiri seminar pada hujung jun 2009 di hotel 5 bintang di Amman.Sekian,terima kasih.

HJ. HAFIZUL BIN RASDI,
Presdien,
IKATAN ANAK NEGERI SARAWAK JORDAN ( IANERIS ).

Saturday, April 4, 2009

PENDAFTARAN PELAJAR DALAM SISTEM MAKLUMAT PELAJAR LUAR NEGARA (SMPLN) SECARA ONLINE

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia Telah mengaktifkan SMPLN secara on-line bagi membolehkan pelajar-pelajar Malaysia di luar negara membuat pendaftaran secara on-0line melalui alamat

http://www.mohe.gov.my/stdinfo


Sehubungan dengan itu, dipohonkan kepada semua pelajar supaya menyemak pendaftaran pelajar masing-masing dan membuat pendaftaran secara on-line sekiranya didapati belum berdaftar.

Password / kata laluan akan dihantar melalui e-mel peribadi anda selepas pendaftaran kali pertama.

Thursday, March 19, 2009

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN..


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Selamat menduduki peperiksaan diucapkan kepada semua ahli IANERIS..

Renungilah kata-kata ini,

“jangan perangi stress tapi fokuslah pada keinginan mahu merasai kegembiraan. Jangan perangi penyakit, tapi fokuslah pada keinginan mahu menikmati hidup yang sihat dan cergas. Jangan fikirkan cakapan buruk orang terhadap Anda, tapi fokuslah pada keinginan mahu memajukan diri lebih dari tahap kemajuan yang telah dicapai sebelumnya oleh mereka.”





Sunday, February 15, 2009

VISI & MISI



MISI

-Menjadikan Ikatan Anak Negeri Sarawak sebagai sebuah persatuan yang disegani dan boleh dijadikan contoh oleh persatuan-persatuan lain dari pelbagai aspek.


VISI

* 2009 - Memperkenalkan Ikatan Anak Negeri Sarawak di persada antarabangsa.

* Mewujudkan sebuah pejabat rasmi untuk pengurusan dan pengelolaan Ikatan Anak Negeri Sarawak Jordan.

* Mengadakan hubungan kerjasama dengan badan-badan atau persatuan-persatuan yang boleh mendatangkan manfaat kepada IANERIS.

OBJEKTIF PENUBUHAN IANERIS




OBJEKTIF PENUBUHAN


* Menjaga kebajikan serta memelihara kepentingan anak-anak Sarawak di Jordan.

* Menjadi nadi pemangkin ketrampilan mahasiswa Sarawak Jordan.

* Mengadakan program-program yang boleh meningkatkan kemahiran insan, perkembangan akademik, keunggulan sahsiah, kesempurnaan akhlak serta aktiviti-aktiviti yang boleh melahirkan modal insan yang berkualiti dan berkaliber dikalangan.

Saturday, February 14, 2009

SEMINAR PENGURUSAN ORGANISASI AMT & ALT IANERIS 2008/2009

Pada 20 Disember 2008, IANERIS telah mengadakan Seminar Pengurusan Organisasi AMT & ALT (SPO) bagi sessi pentadbiran ini..

Seminar ini telah diadakan di Dewan Pelajar Antarabangsa University Al al-Bayt.

Sunday, January 4, 2009

KURSUS BINA INSAN & SAMBUTAN PELAJAR BARU



KURSUS BINA INSAN DAN SAMBUTAN PELAJAR BARU SESI 2008/2009


PENGENALAN

Matlamat utama kursus ini adalah untuk memfokuskan semangat patriotisme, gerak kerja dakwah dan pembangunan insan dengan lebih bersepadu. Masyarakat Islam hari ini berhadapan dengan pelbagai krisis nilai dan akhlak yang amat serius. Apa yang lebih membimbangkan ialah masyarakat Islam hari ini sedang berhadapan dengan kegawatan akidah yang semakin meruncing. Bayangkanlah sekiranya benteng terakhir umat Islam ini hancur maka pastinya ia adalah kehancuran yang tragis untuk umat Islam keseluruhannya. Menyedari dan menginsafi hakikat ini, pihak AMT IANERIS yang merupakan nadi penggerak persatuan dan perunding motivasi kepada peserta dan menjadi tanggungjawab dalam menanggung amanah bagi membina umat agar terus kukuh di atas paksi kecemerlangan dunia dan akhirat.


OBJEKTIF

1. Meningkatkan semangat patriotisme di kalangan generasi muda.
2. Memupuk semangat dakwah dikalangan para peserta.
3. Membentuk perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni.
4. Menyemarakkan semangat kesukarelaan.
5. Melahirkan generasi muda yang lebih cergas,cerdas dan penuh keyakinan diri.


BUTIRAN PROGRAM

Tempat : Laut Mati, Amman
Tarikh : 21 November 2008
Masa : 9:00 pagi - 5:00 petang
Bilangan Peserta : 32 orang




STRUKTUR ORGANISASI


Penasihat
Hafizul bin Rasdi

Pengarah
Mohammad Dassilah bin Edi

Timbalan Pengarah
Fadzillah binti Kader

Setiausaha
Siti Hajar Binti Dahari

Bendahari
Mohammad Dassilah bin Edi

Biro Program & Protokol
Mohd Halfi bin Mustafa
Khairunisa binti Mat

Biro Tugas-tugas Khas
Azalina binti Mohamad

Biro Perhubungan
Faizal bin Abdullah
Ahmad Tirmizi bin Kram


Biro Persegaran
Mohamad Norfaridzan bin Abdullah
Rubiani binti Mohamad
Azura binti Bujang




PENUTUP

Mesyuarat muhasabah bagi Kursus Bina Insan Dan Sambutan Pelajar Baru tidak dapat di laksanakan disebabkan kesuntukan masa. Secara keseluruhannya, program ini telah berjalan dengan baik. Namun, masih terdapat kekurangan yang perlu diperbaiki pada masa akan datang. Harapan kami agar program ini dapat diteruskan lagi agar segala objektif yang disasarkan dapat dicapai.

Sekian, terima kasih.



GAMBAR-GAMBAR SEMINAR PENGURUSAN ORGANISASI


AMT bersama Pengarah MSD



Saturday, January 3, 2009

TAN SRI SYED MOKHTAR AL BUKHARY : CONTOH USAHAWAN ISLAM YANG UNGGUL DI MALAYSIA

Artikel ini di petik dari www.zaharuddin.net

TAN SRI SYED MOKHTAR AL BUKHARY : ADAKAH CEPAT KAYA ?

(Ulasan saya di bawah artikel ini - zaharuddin abd rahman)

b_p1mokhtar.jpg

  • Umur - 53 tahun
  • Pendidikan - SPM
  • Mula berniaga - 19 tahun (jual beli lembu dan kerbau)
  • Kekayaan -RM1,425 juta
  • Ke 7 terkaya di Malaysia
  • Ke 32 terkaya di Asia Tenggara (Forbes)


Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary

TAN Sri Syed Mokhtar al-Bukhary adalah usahawan yang banyak menderma dan banyak melakukan kerja-kerja amal.

Latar belakang kehidupan

Tan Sri Syed Mokhtar dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada tahun 1951. Keluarganya berasal dari Hadhramaut, Yemen. Sebelum mengambil keputusan menetap di Kedah, bapanya mengembara hingga ke Asia Tengah untuk berniaga. Seterusnya, bapanya ke Thailand. Pada pertengahan tahun 40-an, barulah bapa Tan Sri Syed Mokhtar mengambil keputusan menetap di Alor Setar, Kedah. Pada tahun 1946, bapanya mendirikan rumah tangga.

Tan Sri Syed Mokhtar mempunyai tujuh orang adik beradik dan dia adalah anak yang ketiga. Tan Sri Syed Mokhtar hidup dalam keadaan yang serba kekurangan hinggakan rumah kayunya yang terletak di Kampung Hutan Keriang tidak mempunyai katil, meja mahupun kerusi. Ini menyebabkan beliau susah hendak menelaah.

Walaupun demikian, setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Keadaan itu juga mendorong beliau supaya memulakan kelas tuisyen percuma sebagai salah satu program kebajikan di bawah Yayasan al-Bukhary yang ditubuhkannya bagi menyumbang ke arah kebajikan. Kini, seramai 15,000 orang pelajar mendapat faedah daripada program tuisyen itu.

Pendidikan

Tan Sri Syed Mokhtar memulakan persekolahannya di Alor Setar tetapi apabila beliau berusia 9 tahun, beliau dihantar tinggal bersama-sama dengan bapa saudaranya, Syed Omar di Johor Bahru. Beliau berada di situ dari darjah empat hinggalah ke tingkatan dua. Tan Sri Syed Mokhtar kemudiannya kembali ke kampung halamannya di Alor Setar dan menyambung persekolahannya hingga ke tingkatan lima di Sekolah Saint Micheal's.

Sebenarnya, Tan Sri Syed Mokhtar bukanlah orang yang berpendidikan tinggi. Beliau tidak pernah belajar hingga ke peringkat universiti. Namun, ini tidak bermakna beliau seorang yang tidak berilmu. Kebanyakan ilmunya diperoleh melalui pengalaman secara langsung apabila beliau bergiat dalam dunia perniagaan sejak kecil lagi.

Membantu keluarga

Disebabkan keadaan keluarganya yang kurang berkemampuan, Tan Sri Syed Mokhtar membantu ibunya menanam sayur-sayuran bagi menampung pendapatan keluarga. Mereka menjualnya di pasar di Jalan Telok Wan Jah. Beliau juga menjual roti canai di pasar yang sama.

Semasa waktu rehat di sekolah pula, ayahnya akan menemuinya di sekolah dan memintanya membuat simpan kira. Selepas waktu sekolah, Tan Sri Syed Mokhtar membantu menggembala haiwan peliharaan bapanya di pusat kuarantin berdekatan dengan stesen kereta api Alor Setar. Beliau banyak menimba ilmu dan pengalaman semasa melakukan kerja-kerja itu.

Mula berniaga

Pada tahun 1970-an, perniagaan binatang ternakan bapanya mengalami kemerosotan ekoran tercetusnya wabak kaki dan mulut. Wabak itu merebak ke seluruh Selatan Thailand, Kedah dan Perlis. Semua binatang ternakannya mati begitu sahaja. Sejak itu, Tan Sri Syed Mokhtar mengambil alih perniagaan bapanya dan membuat keputusan untuk tidak lagi melibatkan diri dalam bidang penternakan. Beliau mula menjual daging secara kecil-kecilan.

Sebenarnya, Beliau pergi dari pekan ke pekan di sekitar Alor Setar bagi membeli daging yang tidak terjual. Beliau kemudiannya membungkus daging itu bersama ais dan menjualnya kembali kepada peniaga Bumiputera dan restoran-restoran di sekitar Alor Setar. Beliau berjaya dalam perniagaan itu. Kejayaan itu menambahkan keyakinan beliau bagi memajukan diri dalam dunia perniagaan.

Daripada perniagaan menjual daging, beliau beralih pula kepada perniagaan pengangkutan. Pada tahun 1972, beliau berjaya mendapat permit bagi empat buah lori Kelas A. Beliau mendapat bantuan pinjaman sebanyak RM110,000 daripada pihak MARA yang digunakannya bagi membeli dua buah lori Mercedes 911LS.

Sebenarnya, seorang peniaga Cina menawarkan sejumlah wang bagi baki dua permit yang tidak digunakannya. Tan Sri Syed Mokhtar enggan dan menyerahkan permit itu kembali kepada MARA. Selepas membeli dua buah lori itu, Tan Sri Syed membuka syarikat pengangkutan yang dinamakan Syarikat Pengangkutan Sentosa dan melantik kerani Cina sebagai pengurus syarikatnya itu.

Tan Sri Syed Mokhtar menggunakan lori-lorinya bagi memulakan perniagaan beras. Syarikat Kenderaan Sentosa masih wujud sehingga ke hari ini dan memiliki lebih daripada 40 buah lori.

Menubuhkan syarikat

Pada tahun 1974, Tan Sri Syed Mokhtar membeli rumah kedainya yang pertama di Jalan Telok Wan Jah di bawah perjanjian sewa beli dengan UDA atau Perbadanan Kemajuan Bandar.

Seterusnya, pada tahun 1975, beliau menubuhkan Syarikat Shah dan memohon lesen perdagangan beras daripada Lembaga Padi Negara yang kini dikenali sebagai Bernas. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Dia berjaya mendapat kontrak bagi membekalkan beras ke pihak FELDA, MARA Senama, Pernas Edar dan juga Sergam Sdn. Bhd., iaitu anak syarikat Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor.
Selepas berjaya dengan Syarikat Shah, beliau menubuhkan syarikat usaha sama dengan dua orang peniaga Cina, iaitu Ng Ghiak Gee dan Chua Chong Tan. Ghiak Gee adalah pedagang beras manakala Chong Tan pula pengilang beras.

Dalam syarikat usaha sama itu, Tan Sri Syed Mokhtar memegang 52 peratus kepentingan manakala Ghiak Gee dan Chong Tan masing-masing 32 peratus dan 16 peratus. Perniagaan usaha sama yang diberi nama Bukhary Sdn. Bhd. itu memulakan operasinya pada 15 Julai 1976, di pejabatnya di Jalan Telok Wan Jah.

Perniagaan terus berkembang

Daripada beras, beliau kemudiannya mengembangkan perniagaannya kepada komoditi lain, iaitu gula. Ini masih dijalankan sehingga ke hari ini melalui Bukhary Sdn. Bhd. Pendapatan tahunan Bukhary Sdn. Bhd. kini mencecah RM250 juta.

Setahun selepas Bukhary Sdn. Bhd. memulakan operasinya, beliau menubuhkan Bukhary (KL) Sdn. Bhd. pada tahun 1977. Syarikat itu ditubuhkan khas bagi mendapatkan kontrak kerajaan yang pada masa itu banyak ditawarkan kepada usahawan Bumiputera. Operasi Bukhary (KL) Sdn. Bhd. dijalankan di rumah kedai empat tingkat di Jalan Pahang yang juga dibeli melalui perjanjian sewa beli dengan UDA. Usahanya membuahkan hasil lagi.

Tan Sri Syed Mokhtar diberikan kontrak bagi membekalkan beras, teh, tepung coklat, tepung susu dan juga minyak sapi kepada kerajaan. Bahagian bawah pejabatnya diubah suai menjadi pusat pembungkusan.

Apabila beliau mendapat kontrak pembekalan itu, Tan Sri Syed Mokhtar menubuhkan Susu Mas Sdn. Bhd. pada tahun 1979. Syarikat itu juga adalah syarikat usaha sama di antara dirinya yang memegang 51 peratus kepentingan dengan New Zealand Milk Products yang memegang saham selebihnya. Produk Susu Mas Sdn. Bhd. dipasarkan di bawah jenama Fernleaf dan Anchor.

Pada pertengahan tahun 80-an, Tan Sri Syed Mokhtar menjual kepentingannya dalam Susu Mas Sdn. Bhd. ekoran kemelesetan ekonomi.

Strategi tersendiri

Pada tahun 1978, beliau dijemput menyertai delegasi perdagangan ke Ekso Perdagangan Canton, China. Semasa berada di China, Tan Sri Syed Mokhtar menjalankan sistem barter, iaitu menukarkan kokonya dengan teh dari China. Cuma bezanya sistem barter zaman sekarang dijalankan secara besar-besaran atau pukal. Contohnya, menukarkan 1 tan minyak sawit dengan 1 tan minyak mentah.

Perniagaan pakaian

Selepas mengembangkan perniagaannya bermula daripada bidang komoditi ke pengangkutan, pembungkusan dan barter, beliau kemudiannya melangkah kepada sektor pembuatan. Ini ekoran kejayaannya mendapat kontrak membuat pakaian seragam tentera bagi pihak Kementerian Pertahanan. Kontrak itu adalah bagi membekalkan pihak tentera dengan 120,000 pasang kasut dan 330,000 pasang pakaian seragam. Apabila berjaya mendapat kontrak itu, beliau mula mencari pembekal. Pada mulanya, beliau membeli secara terus daripada pengilang.

Selepas membeli daripada pengilang, beliau kemudiannya membuat keputusan menubuhkan dua buah syarikat, iaitu Amtek Holdings bagi mengeluarkan kasut dan Oriental Garments Uniform Division bagi mengeluarkan pakaian. Oriental Garments Uniform Division adalah syarikat usaha sama dengan Oriental Garment yang berpusat di Seberang Prai.

Apabila Amtek Holdings disenaraikan di Papan Kedua Bursa Saham Kuala Lumpur pada tahun 1998, beliau menggunakan wang penyenaraian yang diperolehnya bagi membeli Spark Manshop dan hak bagi mengeluarkan dan memasarkan pakaian berjenama Crocodile. Kini, anak syarikat Amtek Holdings mengeluarkan kasut tentera (Amtek Shoes) dan pakaian berjenama Lee Coopers dan Lois (Amtek Garments Sdn. Bhd.) bagi pasaran eksport.

Perniagaan perkapalan

Tidak cukup dengan perniagaan pakaian, beliau juga bergiat dalam perniagaan perkapalan. Beliau menubuhkan Bukhari Shipping dan mendaftarkannya dengan pihak Perbendaharaan. Bukhari Shipping bertindak sebagai broker kapal di bawah polisi CABOTAGE. Melalui Bukhari Shipping, Tan Sri Syed Mokhtar membeli sebuah kapal buatan Jerman yang berusia 28 tahun pada harga USD1 juta.

Kapal yang diberi nama Angsa Mas itu digunakan bagi mengangkut beras dari Thailand ke Sabah dan Sarawak. Walau bagaimanapun, perniagaan itu mengalami kerugian yang menyebabkan beliau terpaksa menjual kapalnya pada harga USD600,000, iaitu rugi sebanyak USD400,000 (USD1 juta - USD600,000).

Pada masa yang sama, beliau mula mem*sensored*tkan diri dalam sektor pembangunan hartanah. Beliau membeli beberapa bidang tanah di Alor Setar dan memulakan beberapa projek perumahan di bawah syarikat Bukhary Development.

Penglibatan dalam projek penswastaan

Beliau terlibat dalam projek penswastaan Johor Port Sdn. Bhd. dan Johor Tenggara Oil Palm Sdn.Bhd. Beliau membeli Johor Port melalui tender pada harga RM330 juta. Johor Tenggara Oil Palm Sdn. Bhd. pula dibelinya pada harga RM135 juta. Melalui Johor Port Sdn. Bhd., beliau menjayakan projek Pelabuhan Tanjung Pelepas.

Kini, Pelabuhan Tanjung Pelepas semakin maju hingga mereka berjaya meyakinkan dua buah syarikat perkapalan antarabangsa, iaitu Maersk Sealand dari Denmark dan Evergreen Marine dari Taiwan supaya berpindah dari Pelabuhan Singapura ke Pelabuhan Tanjung Pelepas.

Projek penswastaan ketiganya adalah penswastaan air yang mana beliau menubuhkan Equiventure Sdn. Bhd., iaitu syarikat usaha sama di antara syarikatnya, Kembangan Dinamik dan Pilecon Bhd. serta syarikat Perancis, Oneo. Pegangan Kembangan Dinamik dalam syarikat itu adalah sebanyak 49 peratus.

Kepentingan

Beliau membeli MMC Corporation, iaitu syarikat kejuruteraan pada harga RM3 sesaham daripada Permodalan Nasional Berhad (PNB). Tan Sri Syed Mokhtar juga memiliki 22.7 peratus pegangan dalam Malakoff Berhad, iaitu syarikat pembekalan elektrik dan 20 peratus pegangan dalam IJM Corporation Berhad di mana perniagaan utamanya adalah pembuatan.

Selain itu, beliau memiliki 18 peratus pegangan dalam Bernas yang terlibat dalam perdagangan beras dan 32 peratus pegangan dalam Pernas International Holdings Berhad, iaitu konglomerat yang terlibat dalam banyak sektor perniagaan. Manakala 18.7 peratus pegangan dalam Fiamma Holdings Berhad, syarikat pemasaran dan pengedaran barangan elektronik serta 100 peratus kepentingan dalam MPH, iaitu syarikat peruncitan dan pengedaran buku.

Objektif penubuhan Yayasan al-Bukhary

Yayasan al-Bukhary ditubuhkan pada Mac 1996 sebagai badan kebajikan yang berperanan membantu golongan miskin, menyokong perkembangan seni dan budaya Islam dan juga menggalakkan persefahaman antara peradaban.
Antara objektif utama Yayasan al-Bukhary adalah menggalakkan persaudaraan sesama Islam. Yayasan ini terdiri daripada dua buah bahagian. Satu bahagian menjalankan kerja-kerja kebajikan manakala satu bahagian lagi menguruskan penyaluran dana daripada setiap syarikat yang mana Tan Sri Syed Mokhtar ada kepentingan di dalamnya.

Sehingga kini, Yayasan al-Bukhary membelanjakan lebih RM300 juta bagi aktiviti keagamaan, kebudayaan dan pendidikan. Selain itu juga, Yayasan al-Bukhary hanya membiayai pelajar miskin. Antara inisiatif yang dilakukan adalah membiayai pelajar Muslim miskin dari serata ASEAN supaya belajar di Malaysia.

Projek-projek utama Yayasan al-Bukhary

Antara projek terbesar yang sedang dijalankan adalah pembinaan Kompleks al-Bukhary yang bernilai RM400 juta di Kedah yang dijangka siap pada akhir tahun 2004. Kompleks itu kelak memainkan peranan sebagai kompleks yang lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti masjid, pusat perubatan, pusat komuniti, rumah anak yatim, akademi khas bagi warga tua dan pusat pengajian tinggi.

Antara projek besar yang disiapkan adalah Muzium Kesenian Islam Malaysia di Kuala Lumpur yang bernilai RM100 juta. Muzium empat tingkat itu adalah muzium pertama di rantau Asia Pasifik yang memaparkan hasil seni Islam. Yayasan al-Bukhary juga membina 12 buah masjid di serata negara.
Sumbangan dalam bidang pendidikan

Pada tahun 2000, Yayasan al-Bukhary mendermakan sejumlah RM7.75 juta kepada Oxford Centre for Islamic Studies, iaitu pusat pengajian Islam yang terkenal di serata dunia. Yayasan al-Bukhary juga kini sedang membantu Institut Pembangunan Pendidikan Maju (MIED) dalam projek bagi mengasaskan Institut Perubatan, Sains dan Teknologi Asia (AIMST) di Sungai Petani, Kedah.

Selain itu, Yayasan al-Bukhary juga sering mengadakan dialog peradaban bagi menggalakkan toleransi dan persefahaman antara masyarakat berbilang agama dan kepercayaan.

Penglibatan Yayasan al-Bukhary dalam projek yang dimulakan oleh bukan Islam juga terserlah. Walaupun Yayasan al-Bukhary lebih menekankan kepada projek kebajikan yang bercirikan Islam, ia tetap menyumbang kepada projek yang dijalankan oleh organisasi bukan Islam. Contohnya, Yayasan al-Bukhary menyumbang sebanyak RM satu juta bagi Projek Langkawi, iaitu projek yang dimulakan oleh MCA bagi mengumpul dana bagi menjalankan projek pendidikan di luar bandar dan juga memberi biasiswa kepada para pelajar yang kurang mampu.

Tan Sri Syed adalah usahawan Bumiputera yang terkaya di Malaysia dengan kekayaan yang bernilai RM1.67 bilion.clap

Info ini diambil dari http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=546

KOMEN RINGKAS SAYA

1) Jelas dari info yang dinyatakan di atas. Keuntungan yang dihasilkan benar-benar atas kerja dan usaha yang tidak mudah serta memakan masa. Ia tidak bersifat cepat kaya.

2) Jelas juga kelihatan tender dan projek kerajaan adalah antara pendorong dan pembantu utama usahwan bumiputra seperti beliau untuk mencapai kedudukan sekarang. Saya pernah bertugas sebagai Shariah Consultant di sebuah syarikat Bumiputra dalam industri pembuatan, iaitu Ingress Corporation Berhad.

Syarikat ini adalah sebuah syarikat bumiputra contoh yang cukup dinamik dan energetic kerana tidak begitu banyak bergantung kepada tender kerajaan sahaja, tetapi meluaskan empayar ke Thailand, Indonesia dan lain-lain melalui kualiti tanpa 'bodek' politik mahupun rasuah. Benar, peluang yang diberikan oleh kerajaan untuk usahawan Bumiputra jangan diabaikan selagi ia halal.

3) Saya tidak nafikan, realiti di zaman ini memang sukar untuk berjaya di dalam bisnes yang besar-besar khasnya kecuali terdapat unsur-unsur tidak sihat seperti rasuah, tender tertutup, kabel orang dalam, kabel politik dan lain-lain.

Bagi mereka yang rasa diri terjebak atau ragu-ragu, salah satu tindakan terbaik adalah memperbanyakkan derma, sedeqah dan bantuan kepada masyarakat awam sebagaimana yang ditunjukkan model Yayasan Al-Bukhary. Sudah tentu saya tidak mengatakan beliau terlibat dengan apa-apa yang tidak sihat, cuma yang ingin saya tegaskan adalah perlunya usahawan Islam yang berjaya melakukan usaha seperti Yayasan kebajikan begini kerana ia memang menjadi pembersih kepada harta-harta syubhat dan haram serta mampu menaikkan keberkatan dalam pendapatan harta.

4) Dari kisah di atas juga kelihatan, sijil universiti bukan satu-satunya masa depan buat para pelajar. Hanya sekadar SPM (tapi SPM di zaman Tan Sri sebenarnya sememangnya sudah sangat hebat) seseorang masih boleh maju kehadapan.

5) Semua harta ini bukanlah menjadi milik kita selamanya, nikmatnya akan terhenti sejurus kematian menjelma kecuali bagi sesiapa yang bijak menggunakannya untuk alam akhirat.

6) Jadikan kisah di atas sebagai panduan dan motivasi diri untuk memberi manfaat kepada umat Islam yang lain.

Hari ini, saya meneliti permohonan pembiayaan Islam oleh sebuah syarikat milik bukan Islam. Syarikat ini menyediakan tin, dan bahan makanan dalam tin, susu dan lain-lain. Ia disahkan sebagai produk halal dan telah mendapat tempahan dari seluruh dunia terutamannya negera-negara umat Islam seperti UAE, Syria, Yemen, Qatar, Saudi, Iran, Sudan dan lain-lain. Betapa bersungguhnya mereka dalam kerjaya dan memohon pembiayaan Islam pula.

Tidak dinafikan, terdetik hasrat untuk melakukan yang sama demi membantu umat Islam dan masyarakat Islam disamping memperbanyakkan peluang pekerjaan buat umat Islam. Mari bersama saya menubuhkan sebuah Pasaraya Besar Islam yang halal, anda minat menjadi rakan kongsi dan melabur? :) Ia adalah satu peringatan ini buat diri saya sebenarnya.

Sekian, sekadar ulasan ringan di waktu kesibukan yang amat kini.

Zaharuddin Abd Rahman

9 Julai 2007

http://www.zaharuddin.net/

Thursday, January 1, 2009

UCAPAN BAJET TAHUN 2009 Oleh YAB DATO’ SERI ABDULLAH BIN HJ. AHMAD BADAWI




UCAPAN BAJET TAHUN 2009
Oleh
YAB DATO’ SERI ABDULLAH BIN HJ. AHMAD BADAWI
PERDANA MENTERI DAN MENTERI KEWANGAN
KETIKA MEMBENTANG
RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN (2009)
DI DEWAN RAKYAT
PADA 29 OGOS 2008
KERAJAAN PRIHATIN

Tuan Yang di-Pertua,

Saya mohon mencadangkan supaya suatu Rang Undang-undang bertajuk “Suatu Akta bagi
menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Yang Disatukan untuk
perkhidmatan bagi tahun 2009 dan bagi memperuntukkan wang itu untuk
perkhidmatan bagi tahun itu” dibaca bagi kali kedua.


PENDAHULUAN

Bismillahir Rahmanir Rahim

2. Alhamdulillah, saya bersyukur ke hadrat ILAHI kerana dengan izin dari-Nya jua,
saya dapat membentangkan Bajet 2009 di Dewan yang mulia ini.

3. Sejak lima puluh satu tahun yang lalu, Kerajaan telah berjaya membawa
kesejahteraan kepada rakyat, berlandaskan kepada prinsip perkongsian kuasa,
mengutamakan kestabilan politik, berpegang kepada kesederhanaan dan mementingkan
kemakmuran ekonomi. Sebenarnya, negara kita merupakan antara negara yang paling stabil
dan makmur di rantau ini. Kejayaan ini telah dicapai sungguhpun negara telah menghadapi
pelbagai rintangan dan cabaran, terutamanya pada tahun 1969, 1972, 1986 dan 1997. Setiap
krisis itu telah kita atasi. Hari ini kita berdepan dengan persekitaran harga global yang tinggi
dan pertumbuhan ekonomi dunia yang perlahan. Namun, saya yakin, sekiranya kita kekal
bersatu padu, kita akan sekali lagi berjaya mengatasi cabaran yang dihadapi sekarang.

4. Semangat setia kawan yang ikhlas teruji ketika kita menghadapi kesukaran dan
kesusahan. Kawan di masa senang memang ramai, tetapi kawan sejati yang setia dan
sanggup bersama di masa susah tidak mudah dicari. Semangat kesetiaan kepada negara
dan bangsa adalah amat penting untuk membina sebuah negara yang aman dan makmur.
Dalam negara berdemokrasi memang wujud perbezaan pendapat. Sungguhpun begitu, kita
harus bersatu teguh apabila berdepan isu-isu bersabit kepentingan negara.

5. Persekitaran ekonomi dan pasaran kewangan global kini menghadapi cabaran dan
perkembangan tidak menentu. Seluruh dunia terpaksa menanggung beban akibat dari harga
minyak yang meningkat tinggi secara mendadak, di samping meningkatnya harga bahan
makanan dan komoditi lain. Ketidakstabilan sektor kewangan di Amerika Syarikat menggugat
pertumbuhan ekonomi di negara tersebut serta Eropah. Walaupun aktiviti ekonomi di rantau
Asia, terutamanya India dan China, kekal menggalakkan, namun sokongan permintaan
domestik di negara-negara tersebut mungkin terjejas sedikit akibat tekanan inflasi. Senario
ekonomi ini pastinya mempengaruhi perkembangan ekonomi global dan ekonomi negara kita
tidak terkecuali dari pengaruhnya.

6. Kita bersyukur kerana ekonomi negara terus kukuh dan berdaya tahan. Asas
ekonomi dan pasaran eksport yang pelbagai, serta rizab antarabangsa yang tinggi, telah
meletakkan ekonomi negara lebih fleksibel untuk menghadapi persekitaran luar negara yang
mencabar.

7. Ekonomi negara terus mencatat pertumbuhan yang mantap. Asas ekonomi negara
yang kekal kukuh serta peningkatan permintaan dalam negeri membolehkan keluaran dalam
negeri kasar (KDNK) bagi suku pertama mencatat pertumbuhan 7.1 peratus, dan 6.3 peratus
bagi suku kedua, lalu meletakkan KDNK bagi setengah tahun pertama 2008 pada tahap 6.7
peratus. Berasaskan daya tahan ekonomi yang kukuh, pengalaman dan keupayaan negara,
serta sokongan padu rakyat, kita berjaya mengatasi beberapa krisis ekonomi dan kewangan
terdahulu. Meskipun negara tidak terkecuali daripada kesan negatif disebabkan harga
minyak yang meningkat, Kerajaan yakin ekonomi negara akan terus stabil, dengan
pertumbuhan KDNK dianggarkan 5.7 peratus pada tahun ini.


BAJET 2009

8. Bajet 2009 menumpukan kepada langkah-langkah yang akan memastikan
kesejahteraan yang telah kita bina selama ini terus terjamin. Untuk itu, adalah penting
diperkukuhkan daya tahan ekonomi supaya kita berupaya menangani kesan persekitaran
luar yang semakin sukar.

9. Bertemakan Kerajaan Prihatin dan selaras dengan lima teras Misi Nasional, Bajet
2009 akan menumpukan kepada tiga strategi khusus, iaitu:
Pertama: Menjamin Kesejahteraan Rakyat;
Kedua: Membangunkan Modal Insan Berkualiti; dan
Ketiga: Memperkukuhkan Daya Tahan Negara.

STRATEGI PERTAMA: MENJAMIN KESEJAHTERAAN RAKYAT

10. Kerajaan akan terus memastikan rakyat sama-sama menikmati kemakmuran, hasil
daripada pertumbuhan ekonomi negara. Untuk ini, Kerajaan akan melaksanakan pelbagai
langkah bertujuan meringankan beban kos sara hidup, terutamanya ke atas golongan
berpendapatan rendah dan yang kurang bernasib baik.

Jaringan Keselamatan Sosial

11. Kerajaan tidak pernah mengabaikan golongan miskin. Kesukaran yang dihadapi
oleh golongan berpendapatan rendah, berikutan daripada kenaikan kos sara hidup, amat
difahami oleh Kerajaan. Menyedari hakikat ini, Kerajaan telah menaikkan tahap kelayakan
pendapatan isi rumah bagi pemberian bantuan kebajikan di bawah Jabatan Kebajikan
Masyarakat. Kelayakan pendapatan isi rumah kini ditingkatkan daripada 400 ringgit sebulan
kepada 720 ringgit sebulan untuk Semenanjung, 830 ringgit sebulan untuk Sarawak dan 960
ringgit sebulan untuk Sabah. Ini bermakna, bilangan penerima bantuan meningkat dua kali
ganda daripada 54 ribu isi rumah kepada 110 ribu isi rumah. Ini termasuk bilangan warga
emas yang layak meningkat daripada 14 ribu kepada 40 ribu penerima. Langkah ini
melibatkan perbelanjaan tambahan sejumlah 500 juta ringgit.

12. Kerajaan menghargai jasa pesara yang telah menyumbang kepada kemajuan yang
kita kecapi hari ini. Bagi membantu pesara berpendapatan rendah yang menghadapi
kesukaran untuk menampung sara hidup harian, pesara Kerajaan yang telah berkhidmat
sekurang-kurangnya 25 tahun akan menerima pencen tidak kurang daripada 720 ringgit
sebulan, mulai 1 Januari 2009. Peningkatan ini melibatkan seramai 75 ribu pesara wajib,
termasuk penerima pencen terbitan, dengan peruntukan tambahan 140 juta ringgit pada
2009.

13. Kerajaan telah menyediakan tabung bantuan bagi mereka yang dilanda bencana,
seperti banjir dan kebakaran. Untuk memperluaskan skop bantuan, Kerajaan akan
menubuhkan satu tabung bantuan khas berjumlah 25 juta ringgit bagi menyalurkan
pemberian kewangan kepada keluarga yang kehilangan punca pendapatan secara mengejut,
seperti akibat kemalangan.

14. Kerajaan prihatin terhadap kanak-kanak yang memerlukan penjagaan dalam
suasana kekeluargaan. Sebagai satu inisiatif, Kerajaan, dengan kerjasama sektor korporat,
telah mewujudkan program Rumah Tunas Harapan, di mana sektor korporat menyediakan
rumah, manakala Kerajaan membayar kos mengurus. Memandangkan tanggungjawab besar
ibu pelihara di Rumah Tunas Harapan, Kerajaan akan menaikkan jumlah Elaun Ibu Pelihara
daripada 600 ringgit kepada seribu ringgit sebulan. Kenaikan ini akan berkuat kuasa mulai 1
September 2008. Untuk memperluaskan lagi program ini, Kerajaan menyeru kerjasama
sektor swasta untuk membina lebih banyak Rumah Tunas Harapan.

Membasmi Kemiskinan

15. Pelbagai langkah yang diambil oleh Kerajaan telah berjaya mengurangkan kadar
kemiskinan daripada 5.7 peratus pada tahun 2004 kepada 3.6 peratus pada tahun 2007.
Bilangan isi rumah miskin tegar berkurangan 43 peratus daripada 67,300 isi rumah kepada
38,400 isi rumah pada tempoh yang sama. Kerajaan yakin matlamat menghapuskan
kemiskinan tegar akan dapat dicapai pada 2010.

16. Kerajaan akan terus melaksanakan program meningkatkan pendapatan serta
menyediakan latihan kemahiran dan kerjaya di bawah Skim Pembangunan Kesejahteraan
Rakyat. Selain itu, Program Lonjakan Mega Luar Bandar di Pulau Banggi, Sabah dan
Tanjung Gahai, di Kuala Lipis, Pahang sedang dilaksanakan. Untuk tujuan ini, peruntukan
220 juta ringgit disediakan, yang akan memanfaatkan 13,300 isi rumah.

17. Bagi perumahan pula, dalam tempoh 2006 hingga 2008, sebanyak 3,500 rumah
baru telah dibina dan dua ribu rumah dibaik pulih di bawah Program Bantuan Rumah untuk
membantu keluarga miskin tegar memiliki rumah kediaman yang selesa. Pada tahun 2009,
peruntukan lima puluh juta ringgit disediakan untuk membina 1,400 rumah baru dan membaik
pulih seribu buah rumah. Keutamaan diberi kepada golongan tua, uzur, cacat dan ibu atau
bapa tunggal yang mempunyai ramai tanggungan serta mangsa bencana alam.

18. Kemiskinan tegar di Sabah dan Sarawak juga telah dikurangkan dengan ketara. Di
Sabah, jumlah isi rumah miskin tegar dikurangkan daripada 32,400 pada tahun 2004 kepada
18,100 pada tahun 2007. Di Sarawak, jumlah tersebut berkurangan daripada 5,200 kepada
3,600. Usaha akan terus diambil untuk meningkatkan pendapatan dan kualiti hidup rakyat di
kedua negeri tersebut, terutamanya mempertingkatkan kemudahan asas, seperti bekalan
elektrik, air dan jalan luar bandar. Untuk ini, 580 juta ringgit disediakan bagi Sabah dan 420
juta ringgit bagi Sarawak.

19. Sebagai satu langkah Kerajaan meringankan lagi beban kewangan golongan
berpendapatan rendah, isi rumah yang membayar bil elektrik dua puluh ringgit dan ke bawah
sebulan tidak perlu membayar bil elektrik, berkuat kuasa 1 Oktober 2008 sehingga akhir
2009. Kerajaan akan menanggung kos bil tersebut yang berjumlah 170 juta ringgit. Seramai
1.1 juta isi rumah akan mendapat manfaat daripada langkah ini.

Meningkatkan Pendapatan Boleh Guna Rakyat

20. Kerajaan sedar bahawa peningkatan kadar inflasi telah turut memberi kesan
kepada kuasa beli golongan berpendapatan sederhana. Untuk membantu mereka, Kerajaan
mencadangkan rebat cukai 350 ringgit seorang yang diberikan pada masa ini, dinaikkan
kepada 400 ringgit bagi pendapatan bercukai 35 ribu ringgit dan ke bawah. Berikutan
langkah ini, seramai 100 ribu pembayar cukai dalam golongan pendapatan sederhana tidak
lagi dikenakan cukai.

21. Di samping itu, untuk mengurangkan beban cukai, terutamanya individu yang
bergantung kepada pendapatan daripada simpanan, Kerajaan mencadangkan pendapatan
faedah ke atas simpanan bagi individu dikecualikan cukai.

22. Bagi menangani kesan kenaikan harga barangan pengguna, Kerajaan
mencadangkan duti import ke atas beberapa barangan pengguna dikurangkan daripada di
antara sepuluh peratus dan 60 peratus kepada di antara lima peratus dan 30 peratus.
Barangan terlibat termasuk pengisar makanan, periuk nasi, ketuhar gelombang mikro dan
cerek elektrik. Di samping itu, Kerajaan mencadangkan duti import ke atas beberapa barang
makanan di antara dua peratus dan 20 peratus dikecualikan sepenuhnya. Antara barang
makanan terlibat adalah mihun, biskut, jus buah-buahan dan jagung manis dalam tin.

23. Pada masa ini, kenderaan penumpang persendirian berenjin diesel milik individu
dan syarikat dikenakan cukai jalan yang lebih tinggi berbanding kenderaan sama berenjin
petrol. Kerajaan akan mengurangkan kadar cukai jalan kenderaan penumpang persendirian
berenjin diesel milik individu dan syarikat supaya sama dengan kadar cukai jalan kenderaan
berenjin petrol, berkuat kuasa 1 September 2008.

Menjamin Kebajikan Pekerja

24. Sektor swasta perlu mengutamakan kebajikan pekerja. Untuk menyokong usaha
sedemikian, Kerajaan mencadangkan elaun perjalanan antara rumah dan tempat kerja yang
diberikan oleh majikan kepada pekerja diberi potongan sepenuhnya, manakala pekerja yang
menerima elaun perjalanan diberi pengecualian cukai sehingga 2,400 ringgit setahun.

25. Di samping itu, Kerajaan mencadangkan pengecualian cukai diberikan ke atas
manfaat yang dinikmati pekerja, seperti berikut:

Pertama: bantuan kadar faedah bagi pinjaman berjumlah sehingga 300 ribu ringgit untuk
perumahan, kenderaan bermotor dan pendidikan;
Kedua: telefon mudah alih serta bil telekomunikasi dan langganan internet yang dibayar
oleh majikan;
Ketiga: nilai diskaun sehingga seribu ringgit setahun ke atas barangan jualan syarikat
yang ditawarkan kepada pekerjanya;
Keempat: nilai diskaun ke atas perkhidmatan yang diniagakan oleh syarikat yang
ditawarkan kepada pekerja, seperti sekolah swasta yang memberi pendidikan
percuma kepada anak pekerjanya; dan
Kelima: elaun penjagaan anak sehingga 2,400 ringgit setahun bagi anak-anak pekerja.

26. Pada masa ini, pengecualian cukai ke atas manfaat perubatan yang disediakan
oleh majikan tidak merangkumi perbelanjaan materniti. Kerajaan mencadang
memperluaskan pengecualian cukai kepada perbelanjaan materniti. Di samping itu,
memandangkan terdapat rakyat yang menggunakan perubatan tradisional, seperti
akupunktur dan ayurvedic, Kerajaan juga mencadangkan pengecualian cukai diberi ke atas
manfaat perubatan tradisional yang diterima oleh pekerja.

27. Untuk membantu penjawat awam, Kerajaan akan meningkatkan tahap kelayakan
untuk mendapat subsidi yuran TASKA bulanan 180 ringgit. Tahap kelayakan pendapatan isi
rumah bulanan dinaikkan daripada dua ribu ringgit kepada tiga ribu ringgit, mulai 1 Januari
2009.

28. Pada masa ini, kakitangan Kerajaan diberi kemudahan tambang pergi balik
percuma sekali dalam tempoh dua tahun untuk mengunjungi wilayah asal, iaitu di antara
Semenanjung Malaysia dan Sabah serta Sarawak. Bagi mengeratkan silaturahim keluarga,
kemudahan ini akan diberikan setiap tahun, mulai 1 Januari 2009.

Menambah Baik Pengangkutan Awam

29. Kerajaan akan terus menggalakkan lebih ramai warga menggunakan
pengangkutan awam dalam konteks meningkatkan produktiviti dan kualiti hidup. Saya telah
turun padang baru-baru ini untuk melihat sendiri keadaan pengangkutan awam di ibu kota
kita. Saya percaya, pengangkutan awam yang lebih efisien dan bersepadu amat penting bagi
menyediakan kemudahan perjalanan yang lancar serta meningkatkan kekerapan
perkhidmatan.

30. RapidKL dan RapidPenang telah ditubuhkan untuk memperbaiki sistem
pengangkutan awam di Lembah Kelang dan di Pulau Pinang. Kini, RapidKL menyediakan
perkhidmatan bas kepada 166 laluan merangkumi lebih 980 kawasan kediaman. Sejumlah
14 peratus merupakan laluan sosial yang tidak menguntungkan dan tidak diliputi oleh
syarikat pengangkutan awam yang lain. Laluan sosial ini masih beroperasi untuk memenuhi
hasrat Kerajaan untuk memastikan rakyat, terutamanya daripada kalangan berpendapatan
rendah, mendapat manfaat daripada usaha penambahbaikan pengangkutan awam. Pada
puratanya, seramai 400 ribu penumpang sehari menggunakan perkhidmatan bas dan 350
ribu menggunakan perkhidmatan rel RapidKL. Keseluruhannya, 44 peratus dari
perkhidmatan pengangkutan awam di Lembah Kelang disediakan oleh RapidKL.

31. RapidPenang pula menyediakan perkhidmatan bas kepada 33 laluan di 106
kawasan perumahan dengan jumlah 46 ribu penumpang sehari. RapidPenang kini
menyediakan 60 peratus daripada jumlah perkhidmatan bas di Pulau Pinang. Untuk
memperluaskan lagi jaringan perkhidmatan, 200 bas akan ditambah, menjadikan jumlah 350
bas. Dengan ini, perkhidmatan bas RapidPenang dijangka dapat diperluaskan lagi dengan 14
jaringan laluan baru dan jumlah penumpang meningkat kepada 120 ribu penumpang sehari
pada penghujung tahun 2009.

32. Untuk meningkatkan kecekapan pengangkutan awam, sebanyak 35 bilion ringgit
akan dibelanjakan dalam tempoh 2009 hingga 2014. Ini termasuk projek-projek
meningkatkan kapasiti perkhidmatan rel sedia ada, membina laluan rel baru, menambah
bilangan bas serta menyediakan kemudahan infrastruktur berkaitan.

33. Sistem LRT sedia ada di Lembah Kelang akan dipanjangkan sejauh 30 kilometer,
iaitu masing-masing sepanjang 15 kilometer bagi Aliran Kelana Jaya dan Aliran Ampang.
Apabila siap pada tahun 2011, kedua-dua projek ini akan memanfaatkan 2.6 juta bilangan
penduduk di sepanjang Koridor Subang Jaya-USJ dan Koridor Kinrara-Puchong, berbanding
1.9 juta pada masa ini.

34. Pada masa yang sama, perolehan 35 set tren bagi Aliran Kelana Jaya telah
dilaksanakan dan dijangka beroperasi sepenuhnya pada awal tahun 2010, dengan kos 1.3
bilion ringgit.

35. Dengan langkah-langkah ini, kapasiti Aliran Kelana Jaya akan meningkat lebih dua
kali ganda, daripada 160 ribu penumpang sehari pada masa ini kepada 350 ribu penumpang
sehari. Aliran Ampang pula akan mempunyai kapasiti 280 ribu penumpang sehari berbanding
150 ribu penumpang pada masa ini.

36. Untuk memperluaskan lagi jaringan perkhidmatan rel bandar di Lembah Kelang,
satu laluan LRT baru sepanjang 42 km akan dibina dari Kota Damansara ke Cheras. Laluan
baru ini, dengan kapasiti melebihi 300 ribu penumpang sehari, apabila siap pada tahun 2014,
akan memberi perkhidmatan rel bagi kawasan kediaman, perdagangan dan kewangan
Koridor Kota Damansara-Cheras yang mempunyai bilangan penduduk lebih sejuta orang.

37. Kerajaan telah mengambil alih aset dan operasi KL Monorail daripada operator
swasta pada akhir tahun 2007. Beberapa langkah meningkatkan kecekapan operasi dan
penyelenggaraan telah dilaksanakan. Berikutan langkah-langkah ini, kesemua 12 tren yang
ada telah berjaya beroperasi semula sepenuhnya. Semenjak pengambilalihan, jumlah
penumpang telah meningkat lebih sepuluh peratus daripada purata 51 ribu penumpang
sehari kepada lebih 57 ribu penumpang sehari pada masa ini. Pengambilalihan ini akan
menyumbang kepada usaha menjadikan perkhidmatan rel bandar di Lembah Kelang lebih
berintegrasi.

38. Perkhidmatan rel komuter Keretapi Tanah Melayu Berhad akan dipertingkatkan.
Langkah sedang dilaksanakan untuk membaik pulih 20 set Electric Multiple Unit (EMU) sedia
ada yang dijangka siap pada 2009. Sejumlah 13 EMU baru juga akan ditambah menjelang
tahun 2011. Dengan ini, kapasiti KTM Komuter dijangka meningkat daripada 350 ribu
penumpang sehari pada masa ini kepada 500 ribu sehari. Bagi memperluaskan jaringan
perkhidmatan rel komuter, laluan Sentul-Batu Caves sepanjang 7.5 kilometer sedang dibina
dan dijangka siap menjelang 2010.

39. Di samping itu, dua projek utama sedang dilaksanakan bagi meningkatkan
perkhidmatan KTM, iaitu Projek Landasan Berkembar Elektrik Seremban-Gemas, yang
dijangka siap pada tahun 2012 dan Ipoh-Padang Besar pada tahun 2013.

40. Kerajaan juga sedang membina terminal pengangkutan bersepadu di Bandar Tasik
Selatan bertujuan menyediakan kemudahan kepada teksi dan bas antara bandar daripada
kawasan selatan Semenanjung. Terminal moden lima tingkat ini mempunyai kapasiti
menampung lebih 130 teksi dan seratus bas, kemudahan letak kereta dan ruang komersial,
di samping mempunyai connectivity dengan rel Aliran Ampang, ERL dan KTM Komuter serta
juga teksi dan bas bandar di Lembah Kelang. Terminal ini dijangka beroperasi pada tahun
2011.

41. Bagi menyediakan kemudahan kepada teksi dan bas antara bandar daripada
kawasan utara Semenanjung, satu terminal pengangkutan bersepadu yang baru akan dibina.
Terminal ini akan dapat mengurangkan lagi kesesakan lalu lintas di Kuala Lumpur.

42. Pengusaha-pengusaha pengangkutan awam berperanan penting memastikan
jaringan perkhidmatan yang lebih luas serta efisien, selamat dan bermutu tinggi, di kawasan
bandar dan luar bandar. Untuk membantu mengurangkan kos operasi pengusaha
pengangkutan awam, Kerajaan telah pun meningkatkan kuota subsidi diesel bagi
pengangkutan awam. Kerajaan akan turut mengambil langkah-langkah berikut:

Pertama: menyediakan kemudahan pinjaman mudah melalui Dana Pengangkutan Awam
tiga bilion ringgit di bawah Bank Pembangunan Malaysia Berhad untuk
membiayai perolehan aset bas dan rel; dan
Kedua: mengurangkan bayaran tol sebanyak 50 peratus bagi semua bas, kecuali di
pintu masuk sempadan, iaitu Tambak Johor, Link Kedua dan Bukit Kayu
Hitam, untuk tempoh dua tahun, bermula 15 September 2008. Kerajaan akan
memberi pampasan kepada operator tol di atas kehilangan hasil berikutan
pengurangan ini yang dianggarkan 45 juta ringgit setahun.

43. Di samping itu, pengusaha semua bas diberi pengecualian cukai jualan ke atas
pembelian bas baru yang dipasang dalam negara dan perbelanjaannya diberi Elaun Modal
Dipercepatkan. Selain itu, cukai jalan dikurangkan kepada 20 ringgit setahun bagi semua bas
dan teksi, termasuk kereta sewa pandu dan limousin.

44. Untuk memastikan perhatian khusus diberikan kepada usaha memajukan sistem
pengangkutan awam bandar secara menyeluruh, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat
akan ditubuhkan di bawah Jabatan Perdana Menteri, untuk merancang, mengintegrasi,
mengawal selia dan memajukan sistem perkhidmatan pengangkutan awam. Suruhanjaya ini
dijangka mula beroperasi pada pertengahan tahun 2009.

Dasar Jaminan Makanan

45. Kerajaan sedang melaksanakan pelbagai program pertanian bagi menjamin
bekalan makanan yang mencukupi. Sebanyak 5.6 bilion ringgit disediakan di bawah Dasar
Jaminan Makanan Negara bagi tempoh 2008 hingga 2010. Peruntukan ini antara lain adalah
untuk pembayaran insentif kepada pengusaha pertanian bertujuan meringankan beban
kenaikan kos pengeluaran dan bagi menggalakkan peningkatan pengeluaran hasil tani.
Seramai 350 ribu petani yang mengusahakan sayur-sayuran, buah-buahan, akuakultur dan
ternakan akan mendapat faedah daripada insentif ini.

46. Dalam usaha meningkatkan hasil tangkapan ikan, peruntukan tiga ratus juta ringgit
telah disediakan. Daripada jumlah ini, 180 juta ringgit untuk menampung sara hidup nelayan
dan pemilik bot perikanan serta 120 juta ringgit sebagai insentif tangkapan ikan. Seramai
seratus ribu nelayan termasuk pemilik bot akan mendapat manfaat.

47. Di samping itu, untuk menggalakkan pengeluaran ayam dan itik, Kerajaan
mencadangkan penternak ayam dan itik diberi Elaun Pelaburan Semula sebanyak 60 peratus
bagi tempoh 15 tahun bagi pelaburan tambahan.

48. Kerajaan akan menyediakan insentif peningkatan pengeluaran hasil padi dengan
peruntukan satu bilion ringgit yang akan memberi manfaat kepada 220 ribu pesawah di
seluruh negara. Lebih 1,300 hektar tanah terbiar telah dikenal pasti bagi pengeluaran padi
dan makanan lain, seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan ternakan.

49. Selain itu, peruntukan 475 juta ringgit disediakan bagi bantuan input pertanian,
baja dan racun perosak bagi membantu golongan pesawah. Untuk meringankan beban
petani, Kerajaan mencadang memansuhkan duti import ke atas baja dan racun perosak.
Menjana Pendapatan Melalui Kredit Mikro

50. Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) ditubuhkan untuk membantu isi rumah miskin luar
bandar meningkatkan pendapatan melalui pembiayaan kredit mikro. Sejak ditubuhkan pada
tahun 1987, AIM telah mengeluarkan pinjaman kepada lebih 180 ribu isi rumah, dengan
jumlah pembiayaan 2.5 bilion ringgit. Atas hasrat untuk menangani kemiskinan bandar, skop
dan operasi AIM telah diperluaskan kepada golongan miskin bandar, bermula tahun ini.
Untuk ini, Kerajaan telah menyediakan peruntukan dana modal pusingan 100 juta ringgit
untuk membiayai program Kewangan Mikro Bandar. AIM telah mula beroperasi di Kuala
Lumpur bagi membantu golongan sasaran isi rumah berpendapatan dua ribu ringgit sebulan
dan ke bawah. Program ini akan diperluaskan ke bandar-bandar di seluruh negara mulai
awal 2009.

Meningkatkan Taraf Hidup Orang Asli

51. Peningkatan taraf sosioekonomi masyarakat Orang Asli terus diberi perhatian bagi
memastikan mereka sama-sama menikmati kemakmuran ekonomi negara. Selaras dengan
matlamat tersebut, peruntukan 160 juta ringgit disediakan untuk mempergiatkan lagi usaha
menyediakan peluang pendidikan, kesihatan dan kemudahan asas yang lebih baik kepada
masyarakat Orang Asli. Program utama yang akan dijalankan termasuk pembukaan pusat
transit Jabatan Hal Ehwal Orang Asli di Sungai Siput, Perak yang menyediakan kemudahan
penginapan dan perubatan. Di samping itu, pembangunan infrastruktur sosial masyarakat
Orang Asli akan diberi tumpuan, termasuk program bantuan rumah, penempatan tersusun,
menjana pendapatan dan latihan. Lebih 32 ribu Orang Asli dijangka mendapat manfaat
daripada program ini.

Membantu Golongan Kurang Bernasib Baik

52. Pada masa ini, bagi menggalakkan orang kurang upaya (OKU) bekerja, Kerajaan
menyediakan elaun bulanan tiga ratus ringgit kepada mereka. Menyedari ada di antara OKU
yang tidak berupaya bekerja, Kerajaan akan memberi elaun 150 ringgit sebulan kepada
mereka. Di samping itu, elaun murid OKU di sekolah pendidikan khas akan ditambah
daripada 50 ringgit kepada 150 ringgit, sementara bayaran insentif dua ratus ringgit sebulan
disediakan untuk pembantu guru di sekolah berkenaan.
Meningkatkan Program Perumahan

53. Dalam tempoh 2004 hingga 2008, lebih 100 ribu unit rumah kos rendah telah
dibina oleh pelbagai agensi Kerajaan di seluruh negara. Bagi tahun 2009, peruntukan 330
juta ringgit disediakan kepada Jabatan Perumahan Negara untuk menyiapkan hampir 4,400
unit Program Perumahan Rakyat (PPR) Disewa, 1,500 unit PPR Bersepadu dan 600 unit
PPR Dimiliki. Di samping itu, Syarikat Perumahan Negara Berhad akan membina 33 ribu
rumah kos rendah.

Melonggarkan Syarat Pinjaman Perumahan Kerajaan

54. Untuk membolehkan anggota perkhidmatan awam memiliki rumah, Kerajaan
bersetuju untuk menambah baik syarat pinjaman perumahan anggota perkhidmatan awam.
Ke arah ini, Kerajaan akan:

Pertama: melanjutkan tempoh pinjaman perumahan daripada 25 tahun kepada 30 tahun
bagi pinjaman baru;
Kedua: memberi kemudahan pinjaman perumahan bagi kerja ubah suai ke atas rumah
yang tidak dibeli melalui pinjaman perumahan Kerajaan; dan
Ketiga: membuka panel insurans pinjaman perumahan Kerajaan kepada semua
syarikat insurans yang layak. Pada masa ini, panel insurans adalah terhad
kepada lima syarikat.

Mengurangkan Kos Memiliki Rumah

55. Pada masa ini, pembeli rumah kos rendah diberi pengecualian duti setem
sepenuhnya ke atas semua surat cara, termasuk surat cara perjanjian pinjaman. Manakala,
pembeli rumah kos sederhana pada harga sehingga 250 ribu ringgit hanya diberi
pengecualian duti setem 50 peratus ke atas surat cara pindah milik sahaja. Bagi
mengurangkan kos membeli rumah kos sederhana, Kerajaan mencadangkan pengecualian
duti setem 50 peratus diberikan juga ke atas surat cara perjanjian pinjaman kepada pembeli
rumah kos sederhana.

Memperluaskan Skim Jaminan Kredit Perumahan

56. Dalam Bajet 2008, saya telah mengumumkan Skim Jaminan Kredit Perumahan
(SJKP) bagi membantu golongan tidak berpendapatan tetap untuk memiliki rumah mampu
milik. Melalui Skim ini, peminjam boleh mendapatkan pinjaman perumahan daripada Bank
Simpanan Nasional dan Bank Islam Malaysia Berhad untuk membeli rumah kos rendah dan
sederhana rendah. Peruntukan dana 50 juta ringgit telah disediakan untuk menjayakan Skim
ini. Sehingga kini, hampir 500 permohonan bernilai 20 juta ringgit telah diluluskan. Mulai Julai
2008, Kerajaan telah memperluaskan Skim ini kepada semua institusi kewangan tempatan.
Di samping itu, dana Skim ini juga akan ditambah kepada seratus juta ringgit. Dengan
tambahan ini, SJKP akan berupaya menjamin pinjaman bernilai dua bilion ringgit yang akan
dapat memberi kemudahan pinjaman perumahan kepada 40 ribu peminjam.

Menggalakkan Tanggungjawab Sosial Korporat

57. Dalam Bajet 2008, Kerajaan telah mengumumkan pelaksanaan Program Amal
Jariah dengan menyediakan dana 50 juta ringgit bagi membaik pulih rumah usang rakyat
miskin tegar di seluruh negara. Sehingga kini, 4,600 buah rumah telah dibaik pulih dengan
anggaran kos 24 juta ringgit. Bagi tahun 2008, bilangan rumah yang akan dibaik pulih
dijangka sebanyak 8,400 buah.

58. Untuk meneruskan program ini, Kerajaan menyeru syarikat swasta untuk
menyumbang kepada dana ini sebagai menyokong aktiviti tanggungjawab sosial korporat
(CSR), supaya lebih ramai rakyat miskin mendapat manfaat daripada Program ini. Untuk ini,
Kerajaan akan menyediakan geran sepadan satu ringgit bagi setiap satu ringgit yang
dibelanjakan oleh sektor swasta untuk program ini. Sebagai permulaan, seratus juta ringgit
disediakan untuk tujuan ini. Dianggarkan 30 ribu rumah usang akan dapat dibaik pulih
melalui kaedah ini.

59. Pada masa ini, potongan cukai diberi kepada sumbangan syarikat bagi projek
komuniti dalam bidang pendidikan, kesihatan, perumahan, infrastruktur serta teknologi
maklumat dan komunikasi (ICT). Bagi memantapkan lagi budaya tanggungjawab sosial
korporat, Kerajaan mencadangkan skop projek komuniti yang layak mendapat potongan
cukai diperluaskan kepada projek berkaitan peningkatan pendapatan golongan miskin serta
pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. Di samping itu, bagi syarikat yang memberi
sumbangan kepada badan amal, Kerajaan mencadangkan had potongan cukai ditingkatkan
daripada tujuh peratus kepada sepuluh peratus daripada pendapatan.

60. Malaysia merupakan antara pengeluar minyak kelapa sawit terbesar dunia. Bagi
meningkatkan penerimaan minyak kelapa sawit di peringkat global, kemantapan
tanggungjawab sosial dan alam sekitar dalam amalan perniagaan perlu dibuktikan.
Sehubungan itu, Kerajaan menyokong sepenuhnya inisiatif perladangan kelapa sawit untuk
memperoleh pensijilan Roundtable for Sustainable Palm Oil (RSPO). Bagi membantu usaha
ke arah pengeluaran minyak kelapa sawit yang lebih mapan, Kerajaan akan
memperuntukkan 50 juta ringgit untuk menubuhkan Dana RSPO. Dana ini akan
menyediakan geran untuk menyokong program komuniti seperti menambah baik sekolah di
kawasan ladang dan program pemuliharaan seperti meningkatkan biodiversiti di kawasan
ladang.

Memantapkan Perkhidmatan Kesihatan

61. Perkhidmatan kesihatan secara percuma akan terus disediakan kepada rakyat.
Peruntukan 13.7 bilion ringgit disediakan pada tahun 2009 untuk tujuan meningkatkan
kemudahan dan peralatan kesihatan, menambah bekalan ubat, membangunkan sumber
manusia, menggiatkan aktiviti penyelidikan dan meningkatkan penguatkuasaan, di samping
pembinaan hospital, klinik dan kuarters.

62. Selaras dengan langkah Kerajaan untuk menggalakkan gaya hidup sihat dan
membendung gejala sosial akibat merokok, terutamanya di kalangan remaja dan pelajar,
adalah dicadangkan duti eksais spesifik ke atas rokok dinaikkan sebanyak tiga sen sebatang
daripada 15 sen sebatang kepada 18 sen sebatang. Dengan ini, cukai untuk sekotak rokok
20 batang kini meningkat sebanyak 60 sen.

63. Untuk mengekalkan perkhidmatan pakar perubatan sektor awam, kadar bayaran
insentif pakar perubatan akan dinaikkan, yang melibatkan 3,800 orang pegawai dengan
perbelanjaan tambahan 26 juta ringgit.

64. Kerajaan juga bersetuju untuk meningkatkan kadar bayaran insentif pasukan
perubatan udara di Sabah dan Sarawak. Bagi pembantu perubatan, kadar bayaran dinaikkan
daripada 20 ringgit kepada 30 ringgit satu penerbangan pergi balik dan bagi jururawat
daripada 15 ringgit kepada 30 ringgit satu penerbangan pergi balik.

Menambah Kemudahan Awam

65. Kemudahan prasarana dapat meningkatkan kesejahteraan dan kualiti hidup
masyarakat desa dan luar bandar. Bajet 2009 menyediakan peruntukan 1.8 bilion ringgit
untuk menambah kemudahan asas dan infrastruktur di luar bandar. Daripada jumlah ini, lebih
satu bilion ringgit akan disalurkan untuk melaksanakan projek jalan luar bandar sepanjang
480 kilometer dan jalan kampung sepanjang 1,300 kilometer. Sebanyak 280 juta ringgit
disediakan bagi bekalan air luar bandar dengan sasaran 30 ribu buah rumah, 350 juta ringgit
untuk bekalan elektrik luar bandar dengan sasaran 3,600 buah rumah, dan 65 juta ringgit
disediakan untuk melaksanakan 11,700 buah projek kemudahan awam di luar bandar.

66. Kerajaan akan mempergiatkan usaha untuk membangunkan Sabah dan Sarawak.
Bagi negeri Sabah, peruntukan hampir tiga bilion ringgit disediakan untuk melaksanakan
projek infrastruktur, termasuk 266 kilometer jalan persekutuan dan jalan luar bandar yang
akan memanfaatkan lebih 550 ribu penduduk setempat. Antara projek utama, termasuk
membina jalan dari Jeroco-Lahad Datu Fasa Dua, menaik taraf dan membaiki Jalan
Sandakan ke Telupid, menaik taraf Jalan Ranau ke Tambunan Fasa Dua, membina
Jambatan Semporna–Pulau Bum-Bum, mengganti jambatan usang di kawasan pendalaman
Sabah, projek kemudahan pelancongan dan ekopelancongan, kemudahan hospital dan
kesihatan luar bandar serta Program Perumahan Rakyat Disewa.

67. Bagi negeri Sarawak, peruntukan 3.3 bilion ringgit disediakan untuk pelbagai
projek, termasuk pembinaan 230 kilometer jalan persekutuan dan jalan luar bandar yang
akan memanfaatkan lebih 350 ribu penduduk setempat. Antara projek utama yang akan
dilaksanakan adalah pembinaan Jalan Penghubung ke Pusat Pentadbiran Persekutuan Baru
Sarawak, Jalan Nanga Buai ke Ulu Sepak, Betong, Jalan Awat-Awat ke Kuala Lawas, Jalan
Tanjong Assam ke Saribas, Empangan Bengoh Kuching, Sistem Pengurusan Air Sisa secara
bersepadu di Bandaraya Kuching, Program Perumahan Rakyat Disewa, projek kemudahan
pelancongan dan ekopelancongan serta kemudahan hospital dan kesihatan luar bandar.

STRATEGI KEDUA: MEMBANGUNKAN MODAL INSAN BERKUALITI

Tuan Yang di-Pertua,

68. Program ke arah membangunkan modal insan berkualiti lagi seimbang dari segi
jasmani, rohani dan intelek akan terus dilaksanakan. Adalah menjadi hasrat Kerajaan untuk
melahirkan tenaga kerja terlatih lagi berdaya saing, baik di dalam negara mahupun di
peringkat antarabangsa. Sejumlah 47.7 bilion ringgit, yang merupakan 23 peratus daripada
Bajet 2009, diperuntukkan untuk pendidikan dan latihan.

Mempertingkatkan Program Latihan dan Kemahiran

69. Sejumlah 2.4 bilion ringgit diperuntukkan bagi mempertingkatkan kemudahan serta
menjalankan program latihan dan kemahiran. Daripada jumlah tersebut, 150 juta ringgit
diperuntukkan bagi menaik taraf 13 buah politeknik sedia ada dan 15 buah kolej komuniti
serta cawangan kolej komuniti. Jumlah enrolmen dijangka mencecah 120 ribu pelajar
berbanding 112 ribu pada masa ini.

70. Sejumlah dua ratus juta ringgit diperuntukkan kepada Institut Latihan Perindustrian
(ILP) dan Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) sedia ada serta bagi membina sebuah
ILP di Marang dan sebuah ADTEC di Taiping. Sejumlah 360 juta ringgit disediakan bagi
membiayai projek Institut Kemahiran MARA dan Institut Kemahiran Tinggi MARA, projek
Kolej Pelajaran Mara dan projek Giat MARA. Bagi membantu pelatih Giat MARA, elaun
bulanan akan dinaikkan daripada seratus ringgit kepada dua ratus ringgit.

71. Dalam usaha untuk meningkatkan perkhidmatan kesihatan, Kerajaan akan
menambah bilangan jururawat di hospital Kerajaan. Peruntukan 70 juta ringgit disediakan
pada tahun 2009 untuk melatih 5,600 jururawat di Institusi Latihan Kejururawatan
Kementerian Kesihatan Malaysia, termasuk dua ribu pelatih di institusi latihan swasta yang
diiktiraf. Selain itu, untuk menampung kekurangan jururawat, graduan dalam bidang sains
yang berkaitan juga akan diberi peluang kerjaya untuk mengikuti latihan diploma
kejururawatan selama satu setengah tahun, berbanding dengan biasanya tiga tahun. Di
samping itu, untuk menambah baik kemahiran dan kualiti perkhidmatan jururawat, semua
jawatan penolong jururawat akan dinaikkan taraf kepada jawatan jururawat masyarakat,
selepas mengikuti kursus kejururawatan selama enam bulan.

72. Untuk menyokong pembangunan pusat pelancongan kesihatan di Wilayah
Ekonomi Koridor Utara, Kerajaan akan menyediakan geran pelancaran 30 juta ringgit untuk
mewujudkan pusat latihan jururawat tidak bermotifkan keuntungan. Ini bertujuan
mempertingkatkan kebolehan dan kemahiran jururawat dan perkhidmatan berkaitan untuk
menampung permintaan pasaran yang semakin tinggi untuk jururawat berkepakaran khusus.

73. Lembaga Kemajuan Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) seharusnya
mengambil langkah untuk melatih lebih ramai pekerja dalam bidang pembinaan. Untuk tujuan
ini, saya telah mengarahkan CIDB untuk menyediakan sekurang-kurangnya 100 ribu peluang
latihan industri pembinaan dalam bidang teknikal, termasuk pengimpalan, pengurusan dan
keselamatan pada tahun 2009. Di samping itu, semua pekerja binaan digalakkan mendapat
pengiktirafan kemahiran melalui kaedah akreditasi dan latihan kemahiran yang dikendalikan
oleh CIDB. Kos akreditasi dan latihan kemahiran bagi pekerja tempatan akan ditanggung
oleh CIDB.

Meningkatkan Kualiti Pendidikan

74. Kementerian Pelajaran Malaysia diperuntukkan 31 bilion ringgit, untuk
menyediakan pendidikan bagi manfaat 5.8 juta pelajar. Sejumlah 1.6 bilion ringgit disediakan
bagi membiayai perluasan program sedia ada, iaitu pertambahan perjawatan berikutan
pembukaan 26 buah sekolah rendah dan 41 buah sekolah menengah yang baru dan
pertambahan perbelanjaan untuk penyelenggaraan, bantuan makanan, biasiswa, geran per
kapita dan peralatan baru.

75. Sejumlah 110 buah sekolah rendah dan 181 buah sekolah menengah baru akan
dibina bagi mengatasi masalah kekurangan sekolah dan menggantikan sekolah-sekolah
yang telah usang. Di samping itu, 615 juta ringgit disediakan untuk penyelenggaraan sekolah
dan asrama bagi memastikan semua sekolah berada dalam keadaan bersih dan selamat.
Peruntukan penyelenggaraan ini tidak boleh dipindahkan bagi tujuan lain.

76. Bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di peringkat pengajian tinggi, peruntukan
14.1 bilion ringgit disediakan kepada Kementerian Pengajian Tinggi. Daripada jumlah ini,
lapan bilion ringgit diperuntukkan bagi perbelanjaan mengurus institusi pengajian tinggi
awam, 627 juta ringgit kepada Politeknik dan Kolej Komuniti serta 37 juta ringgit kepada
Agensi Kelayakan Malaysia. Sebanyak 4.4 bilion ringgit diperuntukkan untuk perbelanjaan
pembangunan, termasuk pembinaan kemudahan klinikal dan bangunan fakulti perubatan
serta menyediakan latihan penyelidikan.

Memperluaskan Program PINTAR

77. Kerajaan mengalu-alukan sumbangan sektor swasta untuk membantu
meningkatkan kualiti pendidikan. Dalam hubungan ini, program PINTAR yang melibatkan
pengambilan sekolah angkat oleh syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) telah dilancarkan pada
tahun 2006. Program ini merupakan salah satu daripada inisiatif di bawah program
transformasi GLC yang telah berjaya melibatkan 23 syarikat GLC dan anak syarikatnya serta
memberi manfaat kepada 152 buah sekolah di seluruh negara, termasuk Sekolah Rendah
Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil. Antara pencapaian PINTAR termasuklah peningkatan
dalam kadar kelulusan purata murid sekolah serta penambahan bilangan pelajar yang
mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan.

78. Program PINTAR akan diperluaskan kepada penyertaan syarikat swasta bukan
GLC dengan sasaran 480 buah sekolah di seluruh negara menjelang tahun 2012.
Keutamaan akan diberi kepada sekolah di Sabah dan Sarawak. Untuk melaksanakan
program PINTAR secara bersepadu dan lebih meluas, Kerajaan akan menubuhkan Yayasan
PINTAR dengan peruntukan 20 juta ringgit sebagai geran pelancaran.

Memupuk Budaya Kecemerlangan

79. Untuk meningkatkan lagi daya tahan dan daya saing negara, adalah penting kita
memupuk budaya kecemerlangan dan berprestasi tinggi di semua lapisan tenaga kerja di
sektor awam dan swasta. Ke arah ini, pelaksanaan Petunjuk Prestasi Utama telah dimulakan
di dalam sektor perkhidmatan awam dan juga di bawah Program Transformasi GLC, dengan
memberi keutamaan kepada sistem ganjaran berasaskan prestasi bagi semua tenaga kerja.

80. Selaras dengan hasrat Kerajaan untuk meneruskan agenda ekonomi berasaskan
pengetahuan, adalah penting untuk memastikan lebih ramai tenaga pekerja mahir
berkhidmat di negara ini dan untuk membendung brain drain rakyat Malaysia. Sebagai salah
satu langkah untuk menjadikan kadar cukai individu kompetitif dan menarik kepada golongan
ini, Kerajaan mencadangkan supaya kadar cukai individu maksimum diturunkan dari 28
peratus kepada 27 peratus, mulai tahun taksiran 2009. Di samping itu, kadar cukai marginal
sebanyak 13 peratus akan dikurangkan kepada 12 peratus, yang akan memanfaatkan
golongan berpendapatan sederhana. Pengurangan ini dan peningkatan dalam pemberian
rebat yang saya umumkan tadi akan memanfaatkan semua pembayar cukai.

81. Kerajaan mengalu-alukan inisiatif pihak majikan swasta mengiktiraf sumbangan
pekerja yang cemerlang dan berprestasi tinggi. Untuk ini, Kerajaan mencadangkan supaya
pengecualian cukai ke atas anugerah perkhidmatan cemerlang diperluaskan kepada semua
anugerah berkaitan dengan inovasi dan produktiviti.

82. Memandangkan modal insan merupakan penyumbang utama dalam meningkatkan
daya saing syarikat, majikan seharusnya berusaha mendapatkan tenaga kerja terbaik. Oleh
itu, Kerajaan mencadangkan bayaran kepada agensi pekerjaan dan penyertaan dalam ekspo
kerjaya, dibenarkan sebagai potongan cukai.

STRATEGI KETIGA: MEMPERKUKUHKAN DAYA TAHAN NEGARA

83. Sungguhpun ekonomi global dijangka berkembang sederhana, pertumbuhan di
rantau ini kekal kukuh, terutamanya di China dan India. Daya tahan di rantau ini memberi
peluang untuk pertumbuhan beberapa sektor dalam ekonomi negara, seperti berikut:.

Pertama: perkhidmatan serantau seperti kewangan Islam, proses perniagaan
penyumberan luar, pelancongan, penjagaan kesihatan dan perkhidmatan
berkaitan penerbangan;
Kedua: industri berasaskan sumber, terutamanya petroleum dan minyak kelapa sawit;
dan
Ketiga: industri pembuatan nilai ditambah tinggi, seperti elektronik dan bioteknologi.

84. Malaysia telah membuktikan daya saing dalam sektor-sektor ini berasaskan
keupayaan modal insannya. Kecemerlangan golongan profesional kita diiktiraf di peringkat
antarabangsa sehingga ramai antara mereka kini bekerja di serata dunia. Kecemerlangan
golongan profesional kita harus digilap lagi. Untuk ini, kita perlu melatih lebih ramai golongan
profesional dan meningkatkan kemahiran mereka. Sehubungan itu, Kerajaan telah pun
memberi potongan cukai dua kali bagi latihan terpilih yang dianjurkan oleh INCEIF di dalam
Kewangan Islam. Kerajaan mencadangkan untuk memperluaskan potongan cukai dua kali
kepada majikan yang menaja pekerja mereka mengikuti pengajian lepasan ijazah dalam
bidang seperti ICT, elektronik dan sains hayat. Pengecualian cukai pegangan juga akan
diberikan kepada pakar bukan pemastautin yang menyediakan perkhidmatan latihan teknikal
dalam bidang tersebut.

Persekitaran Kondusif Bagi Pelaburan Swasta

85. Kerajaan akan terus menggalakkan aktiviti sektor swasta dengan menyediakan
persekitaran yang kondusif. Ini termasuk usaha memastikan pelabur asing terus memilih
Malaysia sebagai destinasi pelaburan. Pada tahun 2007, kemasukan pelaburan langsung
asing ialah 5.2 peratus daripada KDNK berbanding dua peratus bagi negara China dan 1.3
peratus bagi negara India. Malaysia masih mampu menarik pelaburan asing ke dalam
pelbagai bidang, terutamanya dalam sektor minyak dan gas serta pembuatan. Untuk
menggalakkan lagi sektor swasta melabur, Kerajaan mencadangkan group relief ditambah
baik dengan membenarkan kadar kerugian yang boleh ditolak ditingkatkan daripada 50
peratus kepada 70 peratus.

86. Penggunaan ICT dalam perniagaan merupakan satu keperluan asas untuk kekal
berdaya saing. Walau bagaimanapun, penggunaan ICT memerlukan perbelanjaan yang agak
besar oleh syarikat, terutamanya PKS, untuk mengganti dan menaik taraf peralatan ICT.
Oleh itu, bagi menggalakkan sektor swasta melabur dalam peralatan ICT yang terkini,
Kerajaan mencadangkan perbelanjaan ke atas peralatan ICT yang kini diberikan Elaun
Modal Dipercepatkan yang layak dituntut sepenuhnya dalam tempoh dua tahun
dipercepatkan kepada satu tahun.

87. Untuk memastikan Malaysia kekal sebagai destinasi pelaburan yang menarik di
rantau ini, terutamanya di kalangan syarikat multinasional, rangka percukaian harus telus dan
mesra perniagaan. Untuk memberi lebih kepastian mengenai transfer pricing, Kerajaan akan
mewujudkan mekanisme Penentuan Harga Awal. Mekanisme ini telah banyak diamalkan
oleh negara-negara maju dan didapati telah berjaya menangani isu transfer pricing dengan
lebih cekap dan berkesan.

88. Peningkatan kecekapan operasi pelabuhan adalah penting bagi menyokong
pertumbuhan perdagangan antarabangsa negara. Untuk ini, Kerajaan mencadang
memansuhkan larangan import bagi kren di pelabuhan, manakala kadar duti import
dikurangkan daripada 20 peratus kepada lima peratus.

Mempergiatkan Pembangunan Koridor Pertumbuhan

89. Kerajaan komited kepada inisiatif koridor pertumbuhan wilayah ke arah
pembangunan sosioekonomi yang lebih seimbang. Adalah menjadi hasrat Kerajaan untuk
membuka lebih banyak peluang pelaburan, pekerjaan dan keusahawanan agar pendapatan
rakyat dapat ditingkatkan secara mapan. Setakat ini, kelima-lima koridor pembangunan telah
dilancarkan dan inisiatif sepertimana yang telah direncanakan di dalam Pelan Induk
Pembangunan masing-masing telah mula dilaksanakan. Koridor tersebut adalah Iskandar
Malaysia, Wilayah Ekonomi Koridor Utara, Wilayah Koridor Pantai Timur, Koridor
Pembangunan Sabah dan Koridor Tenaga Diperbaharu Sarawak. Di dalam Kajian Separuh
Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan, siling tambahan sepuluh bilion ringgit telah
diperuntukkan untuk perbelanjaan pembangunan koridor-koridor tersebut. Sebanyak enam
bilion ringgit diperuntukkan dalam Bajet 2009.

90. Untuk mengukuhkan pelaburan swasta di Iskandar Malaysia, peruntukan
tambahan 300 juta ringgit di bawah Dana Pelaburan Strategik disediakan bagi melaksanakan
projek perkongsian sektor awam dan swasta, seperti pengangkutan awam, perkhidmatan
kesihatan, pendidikan dan industri kreatif. Perkongsian ini merupakan satu kaedah di mana
sektor swasta menanggung sepenuhnya risiko projek, sementara Kerajaan memberi bantuan
untuk memastikan projek ini berdaya maju. Sebagai contoh, di dalam bidang kesihatan,
sektor swasta membina hospital manakala Kerajaan membantu pengusaha tersebut dengan
menaja pesakit yang layak dibiayai oleh Kerajaan ke hospital tersebut.

91. Bagi memenuhi permintaan yang akan wujud dari pertumbuhan perniagaan,
Iskandar Malaysia akan membangunkan sistem pengangkutan awam bersepadu. Sebagai
permulaan, usaha ini akan ditumpukan kepada menambah baik perkhidmatan bas melalui
kerjasama dengan pengusaha bas sedia ada. Di bidang perkhidmatan kesihatan, pusat
kecemerlangan pengajian dan penyelidikan pasca ijazah akan ditubuhkan dengan kerjasama
hospital swasta. Iskandar Malaysia akan menubuhkan sekolah tidak bermotifkan keuntungan
secara perintis. Pengambilan pelajar sekolah ini akan terdiri daripada pelajar tajaan Kerajaan
dan persendirian. Selain itu, dana akan disediakan untuk membangunkan kluster industri
kreatif di Iskandar Malaysia ke arah mengukuhkan bakat kreatif tempatan.

92. Antara program yang sedang dilaksanakan di Koridor Pantai Timur adalah projek
Agropolitan di selatan Kelantan, Besut-Setiu dan Pekan, termasuk membangunkan produk
kenaf. Bagi membolehkan penduduk tempatan mendapat manfaat daripada sumber
petroleum di Terengganu, industri hiliran, seperti Kluster Industri Plastik Kertih akan
dimajukan. Begitu juga, Koridor Sarawak akan memberi tumpuan kepada pembangunan
tenaga hidro dan arang batu, industri hiliran petroleum dan gas serta pertanian berskala
besar.

93. Untuk mencapai sepenuhnya potensi sektor pertanian di dalam Koridor Utara,
beberapa projek sedang dilaksanakan, termasuk projek ternakan lembu daging
menggunakan sistem fidlot di Tobiar, Laka Temin dan Chuping serta program
membangunkan tiga ribu hektar kawasan sawah. Di Koridor Sabah, projek kelompok industri
berasaskan kelapa sawit di Lahad Datu dan pusat bersepadu ternakan Keningau sedang
dilaksanakan.

Mempromosikan Pelancongan

94. Dalam konteks pembangunan koridor di Sabah dan Sarawak, Kerajaan
mencadangkan pelaburan baru oleh pengusaha hotel bertaraf empat dan lima bintang di
Sabah dan Sarawak diberi galakan Taraf Perintis dengan pengecualian cukai pendapatan
100 peratus atau Elaun Cukai Pelaburan 100 peratus bagi tempoh lima tahun.

95. Pada Julai 2008, UNESCO telah mengisytiharkan Melaka dan Georgetown
sebagai Tapak Warisan Dunia kerana gaya hidup, sejarah, seni bina dan kepelbagaian
budayanya. Ini adalah satu pengiktirafan daripada masyarakat sedunia di atas kekayaan dan
kepelbagaian warisan budaya kita. Untuk menyokong inisiatif pemuliharaan tapak warisan
tersebut, Kerajaan akan menyediakan peruntukan 50 juta ringgit untuk kerja pemuliharaan di
Pulau Pinang dan Melaka. Aktiviti ini akan dikendalikan oleh badan bukan Kerajaan dan
sektor swasta.

Galakan Untuk Syarikat Modal Teroka

96. Terdapat banyak projek sektor swasta yang berinovatif dan berpotensi tinggi yang
boleh dilaksanakan tetapi menghadapi masalah mendapatkan sumber pembiayaan berikutan
risiko yang tinggi. Sumber pembiayaan konvensional, seperti pinjaman bank dan sekuriti
hutang swasta, mungkin tidak begitu sesuai membiayai projek ini. Bagi menggalakkan lebih
banyak pelaburan oleh dana modal teroka dan ekuiti swasta, Kerajaan mencadangkan
supaya syarikat modal teroka yang melaburkan dana sekurang-kurangnya 30 peratus dalam
bentuk start up, early stage financing atau seed capital diberi pengecualian cukai selama lima
tahun.

Memajukan Sektor Maritim

97. Sebagai sebuah negara perdagangan, perkembangan industri perkapalan
tempatan terus digalakkan bertujuan memastikan lebih banyak syarikat kapal tempatan
terlibat dalam pengangkutan barangan perdagangan negara. Dua dana berjumlah 2.3 bilion
ringgit telah ditubuhkan di bawah Bank Pembangunan Malaysia Berhad, iaitu Malaysian
Shipping Finance Fund dan New Shipping Finance Facility bagi tujuan membiayai pembelian
kapal. Dana-dana ini telah berjaya digunakan sepenuhnya di mana 68 buah syarikat
perkapalan dan lapan limbungan kapal mendapat pembiayaan. Oleh itu, satu dana baru
berjumlah dua bilion ringgit akan disediakan untuk membiayai pembelian kapal dan juga
menaik taraf limbungan kapal.

Mempergiatkan Perusahaan Kecil dan Sederhana

98. Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berperanan penting dalam pertumbuhan
ekonomi. Untuk meningkatkan lagi peranan PKS, Kerajaan telah mengumumkan dua dana
baru berjumlah 1.2 bilion ringgit yang dibiayai oleh Bank Negara Malaysia. Dana ini bertujuan
untuk membantu PKS memodenkan operasi mereka, terutamanya bagi pembelian atau
penambahbaikan mesin dan peralatan serta mengurangkan kesan kenaikan kos. Bagi terus
memantapkan lagi sokongan kepada PKS, Kerajaan mencadangkan semua aset dalam
bentuk loji dan mesin yang diperoleh dalam tahun taksiran 2009 dan 2010 diberikan Elaun
Modal Dipercepatkan yang layak dituntut sepenuhnya dalam tempoh satu tahun. Di samping
itu, PKS juga dibenarkan menuntut elaun modal sepenuhnya dalam tempoh satu tahun ke
atas semua aset bernilai kecil mereka.

Pelan Tenaga Negara

99. Kejayaan industri petroleum negara telah memberi sumbangan besar kepada
pembangunan sosioekonomi negara. PETRONAS telah memberi sumbangan kewangan
yang besar kepada Kerajaan dalam bentuk royalti, cukai, duti dan dividen. Semua
sumbangan ini telah membolehkan Kerajaan membangunkan infrastruktur dan menyediakan
kemudahan pendidikan dan kesihatan yang lebih baik.

100. Walaupun industri petroleum negara telah mencapai kejayaan yang
membanggakan, kita tidak seharusnya lupa bahawa sumber minyak dan gas negara adalah
kecil, semakin berkurangan dan terhad. Walaupun usaha mencari sumber rizab baru sedang
diteruskan dan telah menemui kejayaan yang amat baik, kita mesti menerima hakikat
bahawa sumber ini bakal habis dan apabila berlaku, ia akan mendatangkan kesan yang
besar ke atas ekonomi negara.

101. Kita mesti mencari penyelesaian baru untuk memastikan keperluan bekalan tenaga
jangka panjang negara tetap terjamin. Oleh yang demikian, kita perlu melipatgandakan
usaha mempertingkatkan keberkesanan penggunaan tenaga untuk memastikan penggunaan
yang lebih produktif dan berhemah. Dalam usaha yang sama, kita perlu meningkatkan usaha
menggalakkan penggunaan sumber tenaga alternatif seperti solar, angin dan biofuels, di
samping menerokai sumber tenaga nuklear. Kerajaan kini merangka Pelan Tenaga Negara
yang komprehensif untuk menangani cabaran-cabaran ini bagi memastikan bekalan tenaga
negara yang mapan dan mampu diri (self sufficient, dengan izin).

102. Bagi menangani harga bahan api fosil yang tidak menentu, beberapa langkah telah
diambil untuk mempelbagaikan sumber tenaga dan menjimatkan penggunaan tenaga. Pada
masa ini, pelbagai galakan telah disediakan bagi meningkatkan penggunaan tenaga boleh
diperbaharui dan penjimatan tenaga. Ke arah ini, Kerajaan mencadangkan pengecualian
cukai, seperti berikut:

Pertama: duti import dan cukai jualan ke atas peralatan sistem solar photovoltaic;
Kedua: duti import dan cukai jualan ke atas barangan perantaraan, seperti High
Efficiency Motors dan insulation materials;
Ketiga: cukai jualan ke atas peralatan sistem pemanasan solar keluaran tempatan;
Keempat: cukai jualan ke atas barangan pengguna keluaran tempatan yang menjimatkan
tenaga, seperti peti sejuk, alat penyaman udara, lampu, kipas angin dan
televisyen; dan
Kelima: duti import 100 peratus dan duti eksais 50 peratus kepada pemegang francais
yang mengimport kereta hibrid CBU baru yang berkapasiti enjin di bawah 2,000 cc. Pengecualian ini adalah bagi tempoh dua tahun sebagai persediaan untuk
mereka memasangnya dalam negara.

Merancakkan Pasaran Modal

103. Pasaran modal negara telah mencapai pertumbuhan yang membanggakan, dan
kini, merupakan antara pasaran modal terbesar di rantau ini. Kemajuan yang telah dicapai
bukan sahaja dari segi meningkatkan lagi saiz pasaran, tetapi juga dari segi usaha untuk
membangunkan produk baru dan berinovatif untuk memenuhi keperluan dan pilihan pelabur
tempatan dan luar negara.

104. Untuk mengukuhkan lagi pasaran modal negara dan memudahkan syarikat
perantara domestik, seperti penasihat korporat utama, mengembangkan perniagaan
antarabangsa mereka, Kerajaan mencadangkan pengecualian cukai ke atas pendapatan fi
yang diterima oleh syarikat perantara domestik yang berjaya menarik penyenaraian syarikat
dan produk pelaburan asing di Bursa Malaysia. Langkah ini juga akan membolehkan pelabur
tempatan memperoleh saham syarikat asing yang disenaraikan di bursa tempatan.

105. Untuk meningkatkan kedudukan negara sebagai satu hab pasaran modal Islam,
Kerajaan mencadangkan pengecualian cukai diberi selama tiga tahun bagi pendapatan fi dan
keuntungan yang diterima oleh institusi yang menjalankan urus niaga sukuk bukan ringgit
yang diterbitkan di Malaysia dan diagihkan di luar Malaysia.

106. Selain itu, untuk menggalakkan usaha mempelbagaikan lagi produk dan menarik
lebih ramai pelabur asing ke pasaran modal negara, kadar cukai ke atas dividen daripada
Amanah Pelaburan Hartanah (REIT) yang diterima oleh pelabur institusi asing yang kini
dikenakan cukai pada kadar 20 peratus dikurangkan kepada sepuluh peratus. Menyedari
bahawa REIT merupakan produk pelaburan yang menarik bagi individu, Kerajaan
mencadangkan pengurangan cukai daripada 15 peratus kepada sepuluh peratus.

Menjamin Keselamatan Awam

107. Negara yang aman dan harmoni membolehkan rakyat hidup dalam suasana
selamat, membolehkan urusan harian berjalan lancar serta meningkatkan keyakinan peniaga
dan pelabur. Ketenteraman awam dan keselamatan negara tidak boleh dikompromi. Bajet
2009 menyediakan peruntukan 5.4 bilion ringgit bagi meningkatkan keupayaan Polis DiRaja
Malaysia (PDRM). Daripada jumlah ini, 4.8 bilion ringgit bagi Belanja Mengurus dan 600 juta
ringgit bagi Belanja Pembangunan.

108. Sebanyak 162 buah balai polis dan pondok polis telah diwujudkan dalam tahun
2008 di kawasan yang mencatatkan kejadian jenayah yang tinggi, iaitu di Selangor, Johor,
Pulau Pinang dan Kuala Lumpur. Dalam usaha meningkatkan tahap keselamatan warga dan
negara, 220 juta ringgit diperuntukkan dalam tahun 2009 bagi pembinaan ibu pejabat, balai
dan pondok polis di seluruh negara.

109. Dalam tempoh 2008 hingga 2010, seramai 22,800 konstabel dan tiga ribu
inspektor akan dilantik. Di samping itu, elaun bayaran insentif khas anggota PDRM
ditingkatkan daripada seratus kepada dua ratus ringgit sebulan, mulai 1 Januari 2009.

110. Kerajaan telah pun memberi galakan cukai ke atas pemasangan alat kawalan
keselamatan di premis kilang dan alat pengesan kenderaan bagi meningkatkan keselamatan
barangan. Kerajaan mencadangkan supaya semua premis perniagaan yang memasang alat
kawalan keselamatan diberi Elaun Modal Dipercepatkan yang boleh dituntut sepenuhnya
dalam tempoh satu tahun.

Menghargai Perkhidmatan Awam

111. Kerajaan menghargai peningkatan produktiviti dan sumbangan kakitangan sektor
awam kepada pembangunan negara. Kerajaan bersetuju untuk memberi bonus bersamaan
sebulan gaji dengan minimum seribu ringgit bagi tahun 2008. Bonus ini akan diberi dalam
dua bayaran, iaitu pada bulan September dan Disember, 2008.

PERUNTUKAN BAJET 2009

112. Kedudukan fiskal Kerajaan Persekutuan bertambah kukuh semenjak tujuh tahun
yang lalu, dengan defisit keseluruhan berjaya dikurangkan daripada 5.5 peratus daripada
KDNK pada tahun 2000 kepada 3.2 peratus pada tahun 2007. Kejayaan mengurangkan
defisit ini telah memberi lebih fleksibiliti kepada dasar fiskal Kerajaan, terutamanya ketika
negara menghadapi cabaran persekitaran ekonomi global yang tidak menentu serta
peningkatan harga barangan.

113. Pengurangan tahap defisit sejak tujuh tahun lalu telah memberi ruang kepada
Kerajaan untuk melaksanakan langkah tambahan bagi mengurangkan impak peningkatan
harga ke atas rakyat. Langkah ini telah melibatkan perbelanjaan tambahan 22.1 bilion ringgit
pada tahun ini, termasuk 17 bilion ringgit bagi subsidi minyak dan 3.6 bilion ringgit bagi
subsidi makanan. Selain daripada ini, beberapa sektor utama telah diberi tambahan
peruntukan sejumlah 1.5 bilion ringgit, terutamanya pendidikan, kesihatan, kebajikan dan
keselamatan dalam negeri.

114. Setelah mengambil kira hasil sebanyak 161.6 bilion ringgit dan perbelanjaan
Kerajaan Persekutuan sebanyak 196.9 bilion ringgit, defisit fiskal dianggar meningkat kepada
4.8 peratus pada tahun 2008. Walau bagaimanapun, Kerajaan percaya defisit fiskal yang
tinggi ini merupakan keperluan one-off dan Kerajaan komited untuk mengurangkan defisit
fiskal kepada 3.6 peratus pada tahun 2009.

115. Dengan strategi dan program yang telah saya bentangkan, saya mencadangkan,
sejumlah 207.9 bilion ringgit diperuntukkan bagi Bajet 2009, iaitu 5.1 peratus lebih tinggi
berbanding peruntukan dipinda tahun 2008. Daripada jumlah ini, 154.2 bilion ringgit adalah
bagi Peruntukan Mengurus, manakala 53.7 bilion ringgit disediakan bagi Peruntukan
Pembangunan.

116. Di bawah Peruntukan Mengurus, 86.3 bilion ringgit atau 56.6 peratus adalah bagi
Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap, 38 bilion ringgit untuk Emolumen, 26.5 bilion ringgit
bagi Perkhidmatan dan Bekalan, 2.4 bilion ringgit untuk Pembelian Aset dan satu bilion
ringgit untuk perbelanjaan lain.

117. Bagi Peruntukan Pembangunan, bahagian terbesar 27.8 bilion ringgit ialah untuk
sektor ekonomi yang terdiri daripada sektor pertanian, perindustrian dan infrastruktur.
Sejumlah 17.8 bilion ringgit diperuntukkan kepada sektor sosial iaitu pendidikan, kesihatan
dan perumahan. Sektor keselamatan menerima 4.1 bilion ringgit dan pentadbiran 2.1 bilion
ringgit, manakala bakinya dua bilion ringgit adalah untuk simpanan luar jangka.

PROSPEK EKONOMI TAHUN 2009

118. Pertumbuhan ekonomi bagi tahun 2009 dijangka berkembang pada kadar 5.4
peratus. Pertumbuhan ini didorong oleh permintaan dalam negeri, dengan penggunaan dan
pelaburan swasta meningkat sebanyak 6.5 peratus dan 5.8 peratus. Pertumbuhan juga
dijangka lebih menyeluruh dengan sumbangan positif dari semua sektor ekonomi. Sumber
pertumbuhan ekonomi dijangka masih diterajui oleh sektor perkhidmatan yang dijangka
berkembang pada kadar 6.9 peratus. Pertumbuhan ini didorong oleh kerancakan industri
pelancongan, pengangkutan, kewangan dan perbankan serta industri berkaitan teknologi
maklumat dan komunikasi. Perdagangan luar negara akan terus mantap dengan eksport
berkembang 4.6 peratus.

119. Pendapatan per kapita diunjurkan meningkat 8.1 peratus kepada 27,900 ringgit
dan dari segi pariti kuasa beli bersamaan 17,600 dolar Amerika. Kadar inflasi dijangka lebih
sederhana, berikutan pelaksanaan pelbagai langkah Kerajaan untuk membendung kenaikan
harga.

PENUTUP

Tuan Yang Di Pertua,

120. Pembentangan Bajet 2009 membuktikan sekali lagi bahawa Kerajaan Barisan
Nasional sentiasa mendengar rintihan rakyat dan bertindak untuk meringankan beban setiap
lapisan masyarakat, khususnya golongan berpendapatan rendah. Pendekatan yang diambil
menjurus kepada bantuan dan sokongan yang bukan sahaja memperbaiki kualiti hidup tetapi
juga memperkasakan seluruh rakyat untuk meningkatkan produktiviti. Bajet ini juga selaras
dengan perancangan jangka masa sederhana yang termaktub dalam Misi Nasional dan
Rancangan Malaysia Kesembilan untuk terus membangunkan negara ke arah Wawasan
2020.

121. Kerajaan Barisan Nasional akan terus mentadbir ekonomi negara dengan penuh
beramanah tanpa membuat janji-janji populis seperti yang dicanangkan oleh Pembangkang
yang boleh memusnahkan kedudukan kewangan Kerajaan dan mewariskan negara yang
muflis pada generasi muda.

122. Sesungguhnya, kestabilan politik negara wajib dipelihara secara bersama. Badanbadan
politik, badan bukan Kerajaan, sektor swasta dan media mempunyai tanggungjawab
bersama membina sebuah negara yang aman, damai, teguh lagi bersatu. Rakyat tidak akan
dimakmurkan dan negara tidak dapat dibangunkan hanya dengan retorik politik. Budaya
berpolitik yang keterlaluan merugikan setiap kita, malah menjejaskan kemakmuran negara.

123. Saya ingin menegaskan bahawa Kerajaan Barisan Nasional yang diberi mandat
oleh rakyat pada bulan Mac lalu akan terus memelihara kestabilan politik dan meningkatkan
kemakmuran ekonomi negara. Usaha pihak tertentu yang cuba menggugat kestabilan ini,
dengan merampas kuasa secara tidak sah tanpa mandat majoriti rakyat, perlu ditolak. Kita
tidak boleh membenarkan ketidakpastian yang timbul untuk berterusan. Sedikit sebanyak ia
akan memberi kesan negatif kepada pelabur asing, sentimen ekonomi dan juga pasaran
modal. Saya tidak akan membenarkan gangguan ini diteruskan. Saya tidak akan
membenarkan mandat rakyat dirampas daripada parti Barisan Nasional yang telah menang
majoriti pilihan raya umum secara sah dan mengikut lunas demokrasi. Saya yakin rakyat
akan terus memberi sokongan kepada Kerajaan Barisan Nasional untuk melaksanakan
tugas-tugas mentadbir negara. We need to get on with the business of governing and not
waste any more time with opportunistic threats to seize the people’s mandate through
undemocratic means, dengan izin.

124. Keamanan dan kemakmuran negara adalah tanggungjawab bersama. Untuk ini,
Kerajaan memerlukan persefahaman dan peranan konstruktif semua lapisan masyarakat,
termasuk mereka yang berbeza fahaman politik. Marilah kita bersama, dalam semangat satu
bangsa satu negara, membangunkan tanah air tercinta ini serta mempertahankan kedaulatan
dan kemerdekaan negara. Marilah kita bersatu membina sebuah negara-bangsa yang terus
gemilang.

125. Semoga Allah S.W.T. sentiasa memberikan petunjuk dan hidayah kepada kita.
Semoga kebenaran mengatasi kepalsuan. Semoga negara kita dikekalkan aman sejahtera,
dilimpahkan kemakmuran dan kebahagiaan. Semoga anak cucu kita dapat mewarisi sebuah
negara yang aman lagi makmur. Semoga rakyat hidup bersatu dan maju.


Tuan Yang di-Pertua,
Saya mohon mencadangkan.