Thursday, January 1, 2009

KENANGILAH SEJARAH RASULULLAH DALAM MAAL HIJRAH

MAAL HIJRAH: SUNTIKAN UNTUK KEUNGGULAN UMAT

Oleh : Prof. Madya Dr. Ab. Aziz Mohd. Zin

Panel Penulis JAKIM

Pada awal abad yang ketujuh Masehi, masyarakat dunia berada di pintu kehancuran. Kuasa dunia pada abad tersebut yang terdiri dari Kerajaan Empayar Rom (509SM-453M) dan Kerajaan Empayar Farsi (700SM-641M) telah menjunam jatuh akibat rebutan kuasa dan perpecahan di sana sini. Masyarakat Arab yang menghuni Semenanjung Tanah Arab lebih teruk menghadapi keruntuhan akibat daripada keruntuhan moral dan sifat taksub kepada kabilah dan puak. Dunia dalam bahaya kerana keadaan masyarakatnya tidak stabil lantaran kehilangan tonggak pegangan dan moral.


Allah Maha Adil dan Maha Penyayang kerana tidak membiarkan masyarakat manusia terus hancur dan musnah. Allah s.w.t mengutuskan seorang rasul-Nya yang terakhir iaitu Nabi Muhammad s.a.w.


Dalam mengimbau kembali peristiwa tersebut, Allah s.w.t menjelaskan dalam firman-Nya yang bermaksud:

'Dan berpegang teguhlah kepada Tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai berai, dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu) lalu Allah menyatukan antara hati kamu (hingga kamu bersatu padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Kamu dahulu berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran) lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (melalui Islam). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan-Nya supaya kamu mendapat petunjuk hidayat-Nya'

(Ali ‘Imran:103)


Ayat tersebut antara lain menjelaskan bahawa keadaan manusia yang hampir-hampir rosak binasa dan akan menerima akibat yang lebih buruk di akhirat telah diselamatkan menerusi pengutusan rasul untuk memandu mereka ke jalan yang benar dan akhirnya mereka terselamat.


Bagi mengubah masyarakat supaya berada dalam keadaan selamat, Rasulullah s.a.w telah berhempas pulas mengorbankan segala apa yang ada dan ini diikuti pula oleh sahabat-sahabat baginda yang setia. Dalam tempoh 23 tahun, usaha tersebut dicurahkan oleh baginda dan akhirnya mencapai matlamat iaitu berjaya mengubah dan menyelamatkan masyarakat dunia dari kehancuran dan kerosakan.


Dalam sebuah hadith riwayat Muslim, Rasulullah s.a.w membuat perbandingan tentang usahanya itu yang bermaksud:

'Antara aku dan kamu diumpamakan seperti seorang lelaki yang menyalakan api. Maka datanglah segala unggas dan binatang-binatang kecil yang berterbangan lalu jatuh ke dalamnya, sedangkan lelaki itu berusaha untuk menahan benda-benda tersebut dari jatuh ke dalamnya. Aku memegang dengan kuat ikatan pinggang kamu supaya tidak jatuh ke dalam api, sedangkan kamu terlepas dari peganganku.'

Hadith ini menggambarkan keadaan manusia yang menuju kepada kebinasaan sedangkan mereka tidak mengetahuinya. Manakala Rasulullah s.a.w pula berusaha sedaya upaya untuk menyelamatkan mereka agar terlepas dari kebinasaan itu. Akhirnya masyarakat Islam di Semenanjung Tanah Arab telah dapat mencabar kuasa dunia iaitu Rom dan Farsi seterusnya muncul selepas itu sebagai sebuah masyarakat yang mengambil alih kuasa dunia.


Rasulullah s.a.w dan para sahabat r.a berjaya mengubah masyarakat dari sudut kepercayaan, sikap, moral, cara berfikir dan segala-galanya, termasuk perubahan pengorbanan daripada tertumpu kepada sesama manusia kepada tertumpu kepada Allah. Masyarakat manusia berjaya dipindahkan dari dua keadaan yang perbezaannya sangat jauh.


Dalam menyusuri perkembangan sejarah, selepas kejayaan kali pertama maka masyarakat Islam mengharungi jatuh bangun dalam pentas pergolakan dunia dan ia berkait rapat dengan komitmen mereka terhadap agama Islam yang suci. Era kemalapan umat Islam kali terakhir berlaku pada awal abad ke-20. Sejak kejatuhan Khalifah Uthmaniah di Turki pada tahun 1924, masyarakat Islam semakin terumbang-ambing di gelanggang dunia. Kini masyarakat Islam masuk ke era kelemahan dan keruntuhan yang menyeluruh. Masyarakat Islam yang berpecah-pecah berdasarkan kawasan dan negara, menjadi sebuah masyarakat yang sentiasa dicabar dan dihina di mana-mana. Menjelang abad ke-21, masyarakat Islam diganyang di merata-rata seperti di Yugoslavia, Iraq, Palestin, Kosovo dan di seluruh pelosok dunia. Apa yang berlaku sekarang jelas sebagaimana yang diceritakan dalam sebuah hadith riwayat Abu Daud yang bermaksud:

'Hampir-hampir seluruh umat mengeliling kamu sepertimana orang-orang yang kelaparan mengelilingi hidangan mereka.' Ada yang bertanya, 'Apakah itu disebabkan bilangan kita kurang?' Nabi s.a.w menjawab: 'Bilangan kamu pada ketika itu ramai tetapi seperti buih. Allah mencabut dalam hati seteru kamu perasaan gerun terhadap kamu dan meletakkan perasaan al-wahn dalam hati kamu.' Ada yang bertanya: 'Apa al-wahn itu wahai Rasulullah?' Jawab Baginda: 'Cintakan dunia dan bencikan mati.'

Hadith ini jelas menunjukkan bahawa sampai suatu masa orang-orang Islam samalah seperti satu hidangan yang dikelilingi oleh sekumpulan orang yang lapar lagi gelojoh makan. Tiada sedikitpun perasaan bimbang dalam hati orang bukan Islam untuk melakukan apa sahaja yang disukai terhadap orang-orang Islam kerana mereka sangat lemah.


Ada bermacam-macam jawapan apabila ditanya sebab kelemahan masyarakat Islam sekarang. Ada yang berpendapat ia berpunca dari kelemahan politik dan perpecahan di kalangan masyarakat Islam. Ada yang berpendapat kerana kelemahan ekonomi, kelemahan pendidikan dan pencapaian ilmu ataupun kerana kelemahan dalam pencapaian sains dan teknologi. Ada yang memberikan alasan kerana kelemahan iman atau kerana tidak mengikut arahan agama dan bermacam-macam lagi.


Namun berdasarkan hadith itu tadi, jelas menunjukkan bahawa sebab kelemahan masyarakat Islam ialah hilangnya semangat berkorban dari dalam diri mereka. Umat Islam sudah tidak sanggup berkorban untuk tidak cintakan dunia atau berkorban untuk tidak takut mati. Mereka cintakan dunia sehingga sanggup memilihnya dengan membelakangkan kepentingan agama. Mereka juga takutkan mati apabila dituntut oleh agama bangun memperjuangkan sesuatu kebenaran. Inilah sifat-sifat negatif yang menjangkiti umat Islam.


Roh Ma’al Hijrah memerlukan setiap umat Islam berkorban untuk berpindah daripada bentuk negatif yang ada dalam diri mereka kepada bentuk-bentuk positif yang selaras dengan Islam. Berkorban ataupun jihad perlu tersemai di dalam jiwa masyarakat Islam sama ada dari sudut pengertian mahupun sikap.


Masyarakat Islam kini agak jauh terpesong dari landasan agamanya. Sebagai contoh, sungguhpun agama menuntut agar umatnya menuntut ilmu, tetapi kenyataan yang ada, sehingga kini sebahagian besar masyarakat Islam adalah buta huruf. Islam juga menuntut umatnya bersatu padu. Namun realiti masa kini umat Islamlah yang paling ramai berpecah belah. Demikianlah juga, Islam menuntut umatnya supaya rajin, berdisiplin dan menjaga masa tetapi orang Islamlah yang kurang berusaha, tidak berperaturan dan suka membuang masa.


Jika dilihat kepada dasar-dasar ajaran Islam itu sendiri, peluang orang Islam untuk maju dan mulia dalam dunia masa kini amatlah cerah. Ini kerana orang Islam mempunyai aset yang mencukupi dalam rangka untuk menempah kemajuan iaitu dorongan dari ajaran Islam dan aset material.


Aset galakan dan dorongan agama ini dapat dilihat dengan jelas di mana Islam sangat mementingkan ilmu dan mewajibkan ke atas setiap umatnya menuntut ilmu. Agama juga menuntut orang Islam sentiasa membina kekuatan dan kemuliaan. Kewajipan ini mendorong kuat umat Islam berusaha mencapai kekuatan dan kemuliaan pada setiap masa dan ketika. Ajaran Islam juga sangat mementingkan pegangan hidup yang mantap dan akhlak mulia. Islam juga mewajipkan umatnya menjalankan aktiviti kehidupan dengan bersih, ikhlas dan amanah.


Oleh itu, galakan-galakan seperti ini sangat penting dan menjadi modal yang besar kepada masyarakat Islam dalam mengembalikan keagungan dan kegemilangan zaman emas umat Islam.


Di samping itu, umat Islam memiliki aset material yang besar dan utama yang tidak dimiliki oleh kuasa kuffar. Petroleum, gas asli, bahan galian, sumber air, hasil hutan, bahan makanan, bilangan penganut dan banyak lagi adalah sumber kekuatan umat yang sentiasa menjadi bahan rebutan dan eksploitasi oleh golongan kuffar. Dengan adanya aset-aset tersebut dan manfaat secukupnya maka tidak mustahil masyarakat Islam menjadi satu masyarakat yang kuat dan maju sebagaimana yang pernah ditempa pada suatu ketika dahulu.


Perpindahan Rasulullah s.a.w dan para sahabat r.a dari kota Mekah ke Madinah dan sebelumnya perpindahan sesetengah sahabat dari Mekah ke Habsyah, merupakan pembinaan langkah baru sebagai persiapan menghadapi cabaran yang bakal tiba secara terus menerus. Hijrah bukanlah asing dalam Islam dan ia adalah sebahagian daripada Islam. Hijrah kerana menuntut ilmu, mencari kebenaran, berjihad, berdakwah, mencari nafkah, kerana perniagaan dan bermacam-macam hijrah lagi adalah tuntutan dan asas ajaran Islam itu sendiri.


Untuk terus maju dan mencapai kemuliaan, masyarakat Islam tidak boleh berpeluk tubuh dan hanya menyerah kepada takdir. Umat Islam dahulu telah berjihad secara habis-habisan, maka sebab itulah mereka berjaya meletakkan Islam di tempat yang mulia dan sepatutnya. Kini giliran kita memberi sumbangan kepada agama yang suci ini agar ia terus berkembang dan dihormati. Sesungguhnya bumi ini dan segala apa yang ada padanya adalah hak kepunyaan umat Islam. Di tangan orang Islamlah selayaknya ia harus ditadbirkan. Firman Allah s.w.t yang maksudnya:

'Dan demi sesungguhnya, Kami telah tulis dalam kitab-kitab yang Kami turunkan sesudah ada tulisannya pada Luh Mahfuz, bahawasanya bumi ini akan diwarisi oleh hamba-hamba-Ku yang soleh'

(al-Anbiya’:105)

Ayat tersebut menjelaskan kepada orang Islam tentang hak mereka mewarisi pentadbiran bumi ini, tetapi dengan syarat bahawa mereka terdiri dari golongan orang-orang yang soleh. Jika syarat tersebut luput, maka mereka tidak berhak apatah lagi layak mendapatkannya.


Bagi melepaskan diri dari kongkongan kelemahan dan kehinaan, maka umat Islam perlu melihat hijrah dalam pengertiannya yang luas iaitu perubahan diri menuju kepada kegemilangan di dunia dan di akhirat. Untuk itu maka langkah yang perlu diatur mestilah mengandungi kefahaman yang jelas dan gerak kerja yang teratur dan betul.


Perubahan ke arah kemajuan dan kemuliaan ummah bermula dengan pengisian kefahaman bahawa Islam adalah agama yang agung dan mulia maka umatnya juga jelas adalah umat yang agung dan mulia. Namun ia hanya dapat dicapai menerusi kekuatan spiritual, moral, fizikal, dan daya cipta serta kesatuan umat itu sendiri. Masyarakat Islam juga wajib memahami bahawa segala ilmu yang baik dan berfaedah kepada manusia adalah termasuk ke dalam ilmu yang disukai dan dituntut oleh Islam. Oleh itu, menuntut ilmu yang bermanfaat adalah satu kewajipan dan dikira berdosa mereka yang mengabaikannya. Masyarakat juga perlu memahami bahawa mereka merupakan pewaris yang sah kepada kepimpinan bumi ini. Tanpa pertunjuk dan panduan hidup dari Allah Tuhan semesta alam, mustahil kaum lain yang mensyirikkan Allah s.w.t layak mentadbir bumi yang diciptakan-Nya.


Di samping kefahaman, beberapa gerak kerja juga harus diatur oleh masyarakat Islam untuk tujuan kemajuan dan kemuliaan Islam iaitu menceburkan diri dalam pelbagai kajian dan penemuan dengan lebih kuat daripada masyarakat lain, asalkan ianya berfaedah dan tidak bercanggah dengan batas-batas syarak. Masyarakat Islam juga perlu bergerak dan bekerja secara terbuka tanpa terikat dengan kongkongan pemikiran yang sempit dan merugikan. Dan juga perlu menghidupkan dan menghayati semangat jihad iaitu bersungguh-sungguh dan berkorban dalam mencapai cita-cita murni yang bertepatan dengan Islam. Umat Islam tidak dapat tidak mesti memperkukuhkan tonggak kekuatan yang terdiri dari kekuatan akidah, fizikal dan material. Mereka juga perlu mempertingkatkan usaha melahirkan masyarakat yang soleh dan seimbang dari segi rohani dan jasmani kerana ia menjadi syarat mewarisi teraju kepimpinan bumi ini.


Masyarakat Islam yang kian pudar dan kian hilang kekuatan tidak boleh dibiarkan terus berada dalam keadaan seperti ini. Masyarakat Islam pada hakikatnya mempunyai aset dan sumber kekuatan yang perlu digerakkan dan dimanfaatkan demi kemajuan dan kemuliaan umat. Kita mampu berbuat demikian jika kita mahu kerana bekalan sudah tersedia. Jika generasi awal umat Islam boleh melakukannya maka mengapa kita tidak boleh. Sesungguhnya Ma’al Hijrah merupakan titik tolak yang paling sesuai ke arah itu.



Tarikh : 01 Disember 2000
[Ruzita Binti Mokhtar]
Editor : PRO JAKIM [Zakaria Bin Othman]
Hits : 5197



dipetik dari http://www.islam.gov.my/

SALAM MAAL HIJRAH..

Friday, December 26, 2008

DaSaR prEsIdEn 2008/2009


1)DaSaR pemBelaJaRaN sepaNjaNg HaYaT
2)DaSaR UkHUwaHyanG paDu
3)daSaR naSihaT -menaSihaTi
4)DaSaR pemBangUnan inSaN
5)DaSaR PeNcaPaIan cEmerlaNg IanEriS
6)DaSaR perKhIdmaTaN berKuaLiti
7)DaSar penGuRuSan faIl yanG siStemaTik
8)DaSaR penGgunaaN kaD piNtaR ianEris
9)DaSaRPenGeNalaN nOmBOR keaHliaN
10)daSaR ketEPaTan MaSa.

Friday, December 19, 2008

GALERI GAMBAR





















CARTA ORGANISASI IANERIS SESSI 08/09




STRUKTUR ORGANISASI AMT IANERIS SESSI 2008/2009


(klik gambar dibawah untuk membesarkan saiz imej)



TAKWIM IANERIS

NOVEMBER 2008

  • 1/11-PERSIDANGAN IANERIS KALI PERTAMA
  • 7/11-MESYUARAT AMT KALI PERTAMA
  • 21/11-KURSUS BINA INSAN & SPB
  • 21/11-MESYUARAT AMT KALI KE DUA
DISEMBER 2008

  • 7@8/12 (bergantung kepada takwim islam)-MAJLIS IBADAH QURBAN
  • 7@8/12 (bergantung kepada takwim islam)-MESYUARAT AMT & ALT KALI PERTAMA
  • 20/12-SEMINAR PENGURUSAN ORGANISASI UNTUK AMT & ALT IANERIS SESSI 2008/2009
  • 20/12-MESYUARAT AMT KALI KE TIGA

JANUARI 2009

  • 19/1-MAJLIS ULANG TAHUN IANERIS KALI KE- 14
  • 22 @ 23/1-KURSUS KEPIMPINAN PELAJAR CEMERLANG
  • 22 @ 23/1-MESYUARAT AMT KALI KE EMPAT

FEBRUARI 2009

  • 1/2-MALAM KEBUDAYAAN & KESENIAN ISLAM
  • 1/2-MESYUARAT AMT & ALT KALI KE TIGA
  • 2/2-PERSIDANGAN MAHASISWA SARAWAK KALI KE 2
  • 2/2-MESYUARAT AMT KALI KE LIMA

MAC 2008

  • 8/3-KURSUS PENGHAYATAN NILAI-NILAI ISLAM
  • 9/3-SAMBUTAN MAULIDUR RASUL
  • 9/3-MESYUARAT AMT KALI KE LIMA
  • 27/3-MENYINGKAP RAHSIA KEAJAIBAN DUNIA
  • 27/3-MESYUARAT AMT & ALT KALI KE TIGA

APRIL 2009

  • 9/4-LIQA MAHABBAH IANERIS
  • 9/4-MESYUARAT AMT KALI KE ENAM
  • 24/4-HARI SUKAN IANERIS
  • 24/4-MESYUARAT AMT & ALT KALI KE EMPAT


MEI 2009

  • 22 & 23/5-FAMILY DAY IANERIS
  • 24/5-PENCALONAN UNTUK PILIHANRAYA KALI KE 15
  • 29/5-HARI MENGUNDI
  • 30/5-MESYUARAT AGUNG KALI KE 14 & PERSIDANGAN MAHASISWA SARAWAK SE-JORDAN KALI KE TIGA
  • 30/5-ANNUAL DINNER SEMUA AHLI IANERIS

UCAPAN DASAR PRESIDEN SESSI 2008/2009


HAFIZUL BIN RASDI

PRESIDEN IKATAN ANAK NEGERI SARAWAK JORDAN

SESSI 2008/2009

UCAPAN DASAR PRESIDEN


BISMILLAH….


MUQADDIMAH

“ TITIS ITU ADA DI HUJUNG AWAN, MENANTI UNTUK DITURUNKAN…..

JINGGA ITU ADA DI HUJUNG SENJA, MENGHARAP AGAR DILUKISKAN….

RENTAK ITU ADA DI HUJUNG DAHAN, MENUNGGU UNTUK DILAGUKAN….

BEGITULAH DI IBARATKAN….SEBUAH KEJAYAAN YANG MENANTI DI HADAPAN…

KITALAH YANG HARUS BERSEDIA MEMBAWA TITIS ITU TURUN DARI AWAN…….

JINGGA ITU TURUN DARI SENJA………RENTAK ITU TURUN DARI DAHAN……..

NAMUN IA TIDAK SEMUDAH ITU,

KITA PERLUKAN KEKUATAN UNTUK MELONJAK SETINGGI AWAN…

KITA PERLUKAN KETABAHAN UNTUK MELAKAR IMPIAN DI SENJA YANG SURAM….

KITA PERLUKAN KESABARAN UNTUK MENGENAL RENTAK YANG SERING MENGELIRUKAN…

NAMUN JANGAN BIMBANG………….KERANA HAKIKATNYA KITA ADALAH PEJUANG..

MAMPU MENDIDIK DIRI AGAR MENJADI PELAUT YANG BIJAK…

SEBELUM MELANGKAH,,,,KENAL RIAK DAN OMBAK………

TIDAK PERNAH MENGALAH BIAR LAYAR HAMPIR PATAH…..

SUDAH MENGHITUNG DALAMNYA KARANG DAN JARAKNYA PULAU…..

AGAR KAPAL HARAPAN TIDAK MUDAH TENGGELAM….

PELAYARAN SELAMAT SAMPAI KE PELABUHAN……….”

TERIMA KASIH TUAN PENGERUSI MAJLIS….

YANG SAYA HORMATI TUAN HAJI SULAIMAN, PENGARAH JAB. PEN. MALAYSIA JORDAN.

YANG SAYA ALU-ALUKAN TETAMU-TETAMU JEMPUTAN.

YANG SAYA KASIHI BARISAN JAWATANKUASA PENYELARAS MESYUARAT AGUNG IANERIS KALI KE…..

DAN YANG SAYA SAYANGI SEMUA WARGA IANERIS JORDAN…..

SAYA AMAT BERSYUKUR KE HADRAT ILAHI KERANA LIMPAH RAHMATNYA KITA SEMUA DAPAT BERKUMPUL DI DEWAN YANG MULIA INI BAGI MELAKSANAKAN TRADISI TAHUNAN KITA IAITU MESYUARAT AGUNG IANERIS.

SAYA JUGA INGIN MENGUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA WARGA IANERIS KERANA TELAH MEMBERI KEPERCAYAAN KEPADA SAYA UNTUK MENTADBIR URUS PERSATUAN YANG KITA SAYANGI PADA SESSI INI.

BAGI DIRI SAYA PENGIKTIRAFAN SEBAGAI PRESIDEN DALAM “ IKATAN ANAK NEGERI SARAWAK JORDAN” YANG MANA IA MELIPUTI SELURUH MAHASISWA SARAWAK YANG BERADA DI JORDAN . MENGINGATKAN SAYA TENTANG TANGGUNGJAWAB YANG TERSEDIA DI BAHU.

SAYA SEDAR,RAMAI YANG MENARUH HARAPAN,,RAMAI YANG MENGIKAT SEMANGAT,,BAGI MENUKAR RIMBA KEPADA LADANG,IBARAT MENGUBAH DESA KE KOTA KEHIDUPAN.

JIKA BENARLAH SAYA BOLEH MENJADI PEMIMPIN IKUTAN,SAYA MEMANG AMAT BERSEDIA.BAGI KALIAN ,,TIDAK PERLU BIMBANG DAN RAGU,,TEKAD SAYA TETAP JITU DAN PADU,,,,INGIN TERUS MAJU DAN MEMAJUKAN,,,INGIN TERUS BERJAYA DAN MENJAYAKAN…..MEMANG BANYAK TITIAN PAHIT YANG BAKAL KITA LALUI BERSAMA,,,,,,,,BERGUNUNG OMBAK CABARAN YANG BAKAL MENERJAH….YANG PERLU KITA BENTENGI BERSAMA…..DEMI UNTUK MENGHARGAI KEBERSAMAAN KITA UNTUK SELAMANYA,,,,SAYA BERJANJI PADA DIRI SAYA :

“ AKAN KU DUKUNG CINTA KE LEMBAH,

WALAUPUN DITAKDIRKAN LALUAN KITA AMAT SUSAH,

AKAN KU GENDONG KASIH KITA KE LURAH,

WALAUPUN KU TAHU CURAMNYA BOLEH MEMBAWA PADAH,

AKAN KU DAKAP ERAT SEGALA RASA DERITA DAN KECEWA,,

ASALKAN SETIAP ANTARA KITA DAPAT MERASA GEMBIRA DAN BAHAGIA,

SEMOGA KITA SENTIASA SEIA SEKATA…SEHATI SEJIWA…

WALAU APAPUN YANG BAKAL TIBA,,,

WALAU APAPUN YANG BAKAL MELANDA.”


WARGA IANERIS YANG SAYA KASIHI SEKALIAN……………

MARILAH KITA BERSAMA-SAMA MENGATUR LANGKAH,MENYUSUN STRATEGI UNTUK MEMAJUKAN DIRI KITA AGAR KITA MENJADI INSAN YANG BERGUNA KEPADA KELUARGA,,BANGSA,AGAMA, NEGARA DAN MASYARAKAT.WUJUDNYA KITA DI SINI ADALAH TIDAK LAIN DAN TIDAK BUKAN,HANYA UNTUK MEMPERSIAPKAN DIRI DENGAN ILMU PENGETAHUAN, MELATIH DIRI DENGAN PELBAGAI ILMU KEMAHIRAN TAMBAHAN SERTA MEMPERLENGKAPKAN SEGALA KEKURANGAN. BERUNTUNGLAH KITA KERANA KITA MASIH LAGI DIBERI PELUANG UNTUK BERJAYA DALAM KEHIDUPAN.OLEH ITU GUNAKANLAH SEGALA RUANG DAN KESEMPATAN INI DENGAN SEBAIKNYA.

KEPADA SEMUA AMT DAN ALT BARU SESSI 2008/2009 YANG TELAH DIBERIKAN KEPERCAYAAN MEMIMPIN OLEH PARA AHLI……

GUNAKANLAH KEPERCAYAAN INI DENGAN SEBAIKNYA.PENTADBIRAN KITA HANYA MEMAKAN MASA SELAMA 7 BULAN YANG BERMULA PADA NOVEMBER 2008 DAN AKAN BERAKHIR MEI 2009. MARILAH KITA MENABUR BUDI DAN TENAGA DEMI UNTUK MELIHAT PERSATUAN YANG KITA SAYANGI INI TERUS GAH DI ANTARA PERSATUAN-PERSTAUAN ANAK NEGERI YANG LAIN. DI SINILAH MEDAN ATAU TEMPAT YANG PALING SESUAI BAGI KITA UNTUK MELATIH ATAU MENGASAH BAKAT KEPIMPINAN YANG ADA DALAM DIRI KITA.IIA JUGA ADALAH KEMAHIRAN INSAN YANG PERLU ADA DALAM DIRI KITA YANG DIPANGGIL “SOFT SKILL”.DI MANA DALAM ERA SEKARANG KEMAHIRAN INSAN AMAT PENTING DALAM PELBAGAI SEKTOR TIDAK KIRA KERAJAAN MAHUPUN SWASTA.DAN INILAH PELUANG UNTUK KITA MELTAKKAN NILAI TAMBAH DALAM DIRI KITA MELALUI SIFAT KEPEMIMPINAN.INI ADALAH AWAL DARI PERMULAAN YANG HARUS KITA TEMPUHI.DI MANA APABILA PULANG KE TANAH AIR KELAK BERKEMUNGKINAN KITA AKAN BERKHIDMAT DALAM PELBAGAI SEKTOR YANG BERLAINAN YANG MEMERLUKAN SIFAT KEPIMPINAN YANG DINAMIK SERTA PROFESIONAL DALAM DIRI KITA.KITA IBARAT NAKHODA YANG MENGEMUDI SEBUAH KAPAL.DIMANA KITALAH YANG AKAN MENENTUKAN ARAH TUJU KEMANA KAPAL KITA HENDAK MENGHALA.KITA HARUS MEMASTIKAN SEMUA PENUMANG KAPAL BERADA DALAM KEADAAN SELAMAT DAN HARMONI.OLEH ITU MARILAH KITA SEMUA BEKERJASAMA DALAM MEMASTIKAN KAPAL ATAU PERSATUAN KITA SENTIASA MEALKUKAN YANG TERBAIK AGAR KITA MAMPU MENJADI “ROLE MODEL” KEPADA PERSATUAN-PERSATUAN LAIN.

KEPADA SEMUA ADIK-ADIK YANG BARU

JANGAN TERLALU LEKA DAN LALAI.MASA YANG ADA HARUS DIGUNA PAKAI DENGAN SEBAIKNYA. TUNTUTLAH ILMU BIARPUN DI MANA ANDA BERADA TIDAK KIRA DI RUMAH,KELAS,MASJID,JALAN, PASAR ATAU SEBAGAINYA.PELAJARILAH KEDUA-DUA BAHASA ARAB TIDAK KIRA FUSHAH ATAU AMIAH KERANA KEDUA-DUANYA AMAT BERGUNA KEPADA ANDA.JANGAN MALU DAN SEGAN UNTUK BERTANYA.KERANA MALU BERTANYA SESAT JALAN.RAMAHKANLAH DIRI UNTUK BERTEGUR SAPA DENGAN ORANG ARAB UNTUK MELATIH MULUT BIAR LANCAR BERBAHASA ARAB. TINGKATKAN USAHA PADA SEMESTER INI AGAR SEMUANYA DAPAT LULUS DARI PUSAT BAHASA DAN SEMESTER YANG AKAN DATANG ANDA AKAN BERADA DI KULIAH DAN AKAN BERGELAR MAHASISWA DALAM PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA.OLEH YANG DEMIKIAN MULAI DARI SEKARANG JANGANLAH MEMBUANG MASA DENGAN PERKARA-PERKARA YANG TIDAK BERFAEDAH.TETAPKAN MATLAMAT,BULATKAN TEKAD,KUATKAN AZAM.AGAR ANDA TIDAK MENYESAL DI KEMUDIAN HARI.

KEPADA RAKAN-RAKAN SEPERJUANGAN TAHUN 2,3,DAN 4.

TERUSKAN PERJUANGAN UNTUK MENCAPAI KEJAYAAN. PERCAYA PADA DIRI SERTA HARAPAN DAN KEYAKINAN.MARILAH BERSAMA MENUJU PUNCAK KEJAYAAN.

WARGA IANERIS YANG SAYA SAYANGI….

PADA PENTADBIRAN SESSI INI,SAYA MERANCANG UNTUK MENYEDIAKAN SEBUAH BUKU YANG BERTAJUK “ THE IANERIS BOOK OF RECORD 2008/2009 “.DIMANA DALAM BUKU INI AKAN MENCATATKAN SEGALA PROGRAM-PROGRAM YANG AKAN KITA LAKSANAKAN.IA JUGA AKAN KITA GUNAKAN UNTUK MEREKODKAN PENCAPAIAN PERSATUAN KITA.AGAR DENGAN ADANYA BUKU TERSEBUT AKAN MENJADI SEJARAH DAN KENANGAN WARGA IANERIS DAN AKAN MENJADI PANDUAN KEPADA PENTADBIRAN DI SESSI-SESSI YANG AKAN DATANG.

KAMI DI BARISAN KEPIMPINAN AMT DAN ALT PADA SESSI INI,AKAN BERUSAHA UNTUK MERANCANG SEGALA PROGRAM-PROGRAM YANG BOLEH MENINGKATKAN KUALITI PENDIDIKAN DI KALANGAN AHLI,MEMACU PERKEMBANGAN EKONOMI IANERIS SERTA PROGRAM-PROGRAM LAIN YANG BERBENTUK KEMAHIRAN UNTUK MENJADIKAN WARGA IANERIS SIAP SEDIA DARI SEGI MENTAL DAN FIZIKAL AGAR MAMPU BERDAYA SAING DENGAN MAHASISWA LAIN.

WARGA IANERIS YANG SAYA SANJUNGI…

MELIHAT LAUT BIRU MEMBAWA ARUS TAKDIR..

MERENUNG AWAN PUTIH MENGARAK MATA FIKIR,,

MENJENGAH HIJAU PEPOHON MENGATUR ZIKIR,,

MELIHAT WARNA-WARNI PELANGI MENYELAMI WARNA-WARNI WATAK DIRI,,

DIDALAM MENDAKI MATLAMAT DAN MEMBURU IMPIAN,KITA KADANGKALA SERING DIKECEWAKAN.KITA SERING KESEDIHAN,KITA SERING BERKONGSI RASA DAN DERITA.NAMUN TIDAK BANYAK PILHAN YANG TERSEDIA BAGI MEREKA YANG INGIN KELUAR SEBAGAI JUARA.

ANTARA GURAU BICARA,ANTARA ESAK SENDU…DISEBALIKNYA TERPAHAT HARAPAN YANG TETAP SEGAR.MASIH INGIN TERUS BERJUANG DEMI MENJADI JUARA PERLUMBAAN.

ADA KETIKANYA KITA SEPERTI BERTOLAK KE LAUTAN YANG DALAM ..YANG MANA LUASNYA TIDAK DAPAT KITA SELAM….BIMBANG KITA BUKAN KEPALANG….BUKAN KERANA TAKUT DILAMBUNG OMBAK…TETAPI SOALANNYA….KEKALKAH SEMANGAT BERJUANG?????....AGAR TIDAK LEMAS DAN TENGGELAM DALAM PENCIPTAAN KEJAYAAN DIRI YANG SEDANG KITA CARI.

OLEH ITU KITA PERLU TERUS BERUSAHA UNTUK SALING SELAMAT MENYELAMATKAN, UNTUK SALING BANGUN MEMBANGUNKAN, UNTUK SALING KUAT MENGUATKAN.

MARILAH KITA SAMA-SAMA MEMPERERATKAN TALI PERSAUDARAAN SESAMA KITA.

“ SERUMPUN BANGSA SERUMPUN SERAI,,

SETAPAK TANGAN TIDAKKAN BERCERAI,,

SEPERDU BAMBU MENJULANG AWAN,,

TAMSIL IBARAT TAFSIRAN PERSAUDARAAN..”

TEPAT SEKALI BIDALAN ORANG LAMA.BERSATU KITA TEGUH BERCERAI KITA ROBOH.

HEBATNYA HUBUNGAN DAN IKATAN SESAMA KITA TIDAK MUNGKIN TERPISAHKAN. KALAU RAJA YANG ADIL..RAJA DISEMBAH..RAJA YANG ZALIM ..RAJA DISANGGAH..BEGITU JUGA PERANAN SESAMA KITA..PEMIMPIN YANG BIJAK PEMIMPIN YANG DIHORMATI DAN DI IKUTI…PENGIKUT YANG SETIA DAN BERBUDI…PENGIKUT DISAYANGI DAN SENTIASA DI HATI.

OLEH ITU SAMA-SAMALAH KITA MEMASTIKAN UKHUWAH KITA KEKAL HARMONI SELAMANYA..

“ JIKA ADA KETERLANJURAN ADAB BUDI,

JIKA CARA BICARA KE ALPAAN DIRI,

JIKA ADA KETERABAIAN IKRAR HATI DAN JANJI,

KEKADANG MATA SALAH MELIHAT,

KEKADANG MULUT SALAH BERUCAP,

KEKADANG HATI SALAH MENDUGA,

SALAH DAN SILAP SEMUA PASTI ADA..”

“ MAAF DIPINTA SELUAS ALAM SEMESTA…

SEMOGA DUNIA AKHIRAT SILATURRAHIM KITA BERPANJANGAN….

UKHUWAH ITU TERLETAK DALAM KEBERSAMAAN…

BUKAN HANYA PADA PERTEMUAN….

BUKAN PADA BIBIR MANISNYA UCAPAN….

TETAPI PADA INGATAN BUAT SESAMA KITA DALAM DOA DAN HARAPAN………

“ JUMPA ANDA DI PUNCAK KEJAYAAN “

WABILLAHI TAUFIK WAL HIDAYAH…WASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HI WA BARAKATUH..

PETIKAN UCAPAN DASAR PRESIDEN.

PRESIDEN IKATAN ANAK NEGERI SARAWAK JORDAN SESSI 2008/2009.

HAFIZUL BIN RASDI.

Pengenalan & Sejarah IANERIS


PENGENALAN & SEJARAH IANERIS

Ikatan Anak Negeri Sarawak Jordan atau nama singkatannya IANERIS telah ditubuhkan dengan rasminya pada 19 Januari 1995 dan telah berdaftar dengan JABATAN PENUNTUT MALAYSIA JORDAN, KEDUTAAN BESAR MALAYSIA AMMAN. Ikatan Anak Negeri Sarawak merupakan satu-satunya persatuan yang khusus ditubuhkan untuk menjaga kebajikan serta memelihara kepentingan anak-anak Sarawak di seluruh Jordan.